Akta Timbang dan Sukat 1972 · Updated to 1 Sep 2017 · Bahagian IV · Pentadbiran
28. Section 28
Feedback & supportMana-mana Inspektor boleh, pada bila-bila waktu yang munasabah, menjalankan kuasa yang berikut, iaitu:
memasuki mana-mana premis bagi maksud memeriksa, menentusahkan dan menandakan dengan cap atau mengesahkan apa-apa timbang atau sukat atau apa-apa alat timbang atau sukat, atau bagi maksud menentukan sama ada apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan;
menyita dan menahan apa-apa timbang, sukat atau alat timbang atau sukat, atau cap atau perkakas pengecapan, yang digunakan dalam perlakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;
Timbang dan Sukat 35
menyita dan menahan apa-apa barang, rekod atau dokumen yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai dikehendaki untuk dikemukakan sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;
mengelak dengan apa jua cara apa-apa timbang, sukat atau alat timbang atau sukat yang digunakan, atau yang dengan munasabahnya disyaki digunakan, dalam perlakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;
memeriksa apa-apa perakuan, dokumen atau kertas, termasuk buku, laporan, rekod, bil perkapalan dan bil muatan atau apa-apa data yang dimasukkan atau direkodkan melalui apa-apa sistem pemprosesan data mekanik atau elektronik atau melalui apa-apa alat penyimpan maklumat lain jika ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa ia mengandungi apa-apa maklumat yang relevan pada penguatkuasaan
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dan membuat salinannya atau cabutan daripadanya;
dengan bantuan daripada mana-mana pegawai polis, menghentikan dan menahan mana-mana kenderaan motor atau pengangkutan lain yang Inspektor itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai dipasang dengan apa-apa timbang atau sukat, atau alat timbang atau sukat, atau membawa timbang, sukat atau alat timbang atau sukat atau barang-barang yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai dikehendaki untuk dikemukakan sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau dilengkapkan dengan alat yang digunakan atau ditujukan untuk digunakan bagi maksud perdagangan dan—
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 71
jika perlu, bagi maksud membuat pemeriksaan di bawah subperenggan (ii), menghendaki supaya pembawa kenderaan motor atau kenderaan lain itu untuk meneruskan perjalanan dengan kenderaan motor atau kenderaan lain itu ke tempat yang sesuai di mana pemeriksaan itu boleh dijalankan; dan
memeriksa apa-apa timbang, sukat atau alat timbang atau sukat atau apa-apa barang atau alat yang didapati di dalam atau di atas kenderaan motor atau kenderaan lain itu;
memeriksa segala perakuan penentuan, rekod dan dokumen yang berhubung dengan apa-apa timbang, sukat atau alat timbang atau sukat, atau perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 14B.
Mana-mana orang yang cuai atau enggan mengemukakan bagi diperiksa di bawah seksyen ini mana-mana timbang, sukat atau alat timbang atau sukat atau mana-mana perakuan penentusahan yang ada dalam milikannya atau yang ada dalam premisnya atau enggan membenarkan Inspektor itu di bawah seksyen ini memeriksa alat itu atau mana-mana daripadanya atau menghalang Inspektor itu daripada memasuki premis itu atau dengan secara lain menghalang atau mengganggu Inspektor itu daripada bertindak di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi empat puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.
Bagi maksud subseksyen (1), mana-mana orang yang gagal untuk menzahirkan atau meninggalkan untuk memberikan apa-apa maklumat, dokumen atau keterangan yang berkaitan, atau memberikan, sebagai benar, apa-apa maklumat, dokumen atau keterangan yang dia tahu atau ada sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau
Timbang dan Sukat 37
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.
Pelucuthakan alat timbang atau sukat, dsb.