Akta Timbang dan Sukat 1972 · Updated to 1 Sep 2017 · Bahagian IV · Pentadbiran
26F. Kuasa pemeriksaan Ketua Inspektor
Feedback & supportKetua Inspektor atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya boleh, bagi maksud memastikan pematuhan oleh syarikat berlesen akan Akta ini, mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dan syarat lesennya, memasuki mana-mana premis yang dihuni oleh syarikat berlesen itu—
untuk memeriksa keadaan premis itu;
untuk memeriksa dan menguji apa-apa standard atau kelengkapan yang digunakan oleh syarikat berlesen untuk melaksanakan kewajipan atau mengadakan perkhidmatannya di bawah Akta ini;
untuk mengawasi pelaksanaan kewajipan atau pengadaan perkhidmatan oleh syarikat berlesen itu;
Timbang dan Sukat 31
untuk memeriksa apa-apa rekod dan dokumen yang berkaitan dengan kewajipan yang dilaksanakan atau perkhidmatan yang diadakan oleh syarikat berlesen itu;
dan
untuk meminta dan memperoleh apa-apa maklumat yang berhubung dengan kewajipan yang dilaksanakan dan perkhidmatan yang diadakan oleh syarikat berlesen itu.