Akta Timbang dan Sukat 1972 · Updated to 1 Sep 2017 · Bahagian IV · Pentadbiran
26H. Penggantungan atau pembatalan lesen kerana pelanggaran Akta ini atau peraturan-peraturan
Feedback & supportJika Ketua Inspektor berpuas hati bahawa syarikat berlesen itu telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, dia hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang pelanggaran atau ketidakpatuhan itu oleh syarikat berlesen itu.
Jika, selepas menimbangkan laporan daripada Ketua Inspektor,
Menteri berpuas hati bahawa pelanggaran itu bersifat serius atau menyentuh atau mungkin menyentuh kepentingan atau keselamatan awam, dia hendaklah memberikan notis kepada syarikat berlesen itu yang menyatakan bahawa dia bercadang untuk menggantung atau
Timbang dan Sukat 33
membatalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, lesennya dan notis itu hendaklah juga—
menyatakan peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya yang dilanggar oleh syarikat berlesen itu dan perbuatan atau peninggalan yang menjadi pelanggaran itu; dan
menentukan tempoh (yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu) yang dalamnya syarikat berlesen itu boleh membuat representasi berkenaan dengan penggantungan atau pembatalan yang dicadangkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Selepas habis tempoh masa yang dinyatakan dalam notis itu dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh syarikat berlesen itu, Menteri hendaklah memutuskan sama ada untuk meneruskan tindakan yang dicadangkan itu atau untuk tidak mengambil tindakan lanjut.
Suatu notis hendaklah diberikan kepada syarikat berlesen itu oleh Menteri tentang keputusannya dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh notis itu disampaikan kepada syarikat itu.
Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad dan konklusif.
Lesen untuk membuat, menjual atau membaiki timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat