Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2017Read it in English

Bahagian IV · Pentadbiran

26C. Pengemukaan memorandum bagi apa-apa perubahan pada fi yang sedia ada

Feedback & support
(1)

Syarikat berlesen boleh mengemukakan suatu memorandum kepada Menteri yang mengandungi cadangan bagi apa-apa perubahan pada fi yang sedia ada yang ditetapkan di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 29 yang berkaitan dengan pelaksanaan apa-apa fungsinya atau pengadaan apa-apa perkhidmatan, bagi kelulusan Menteri.

(2)

Menteri hendaklah menimbangkan memorandum itu dalam masa enam bulan dari penerimaan memorandum itu.

(3)

Menteri boleh meluluskan atau menolak cadangan dalam memorandum itu.

(4)

Menteri boleh meluluskan cadangan itu, tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang difikirkannya patut.

(5)

Jika Menteri menolak cadangan itu, syarikat berlesen itu boleh, jika terdapat perubahan pada hal keadaan yang berhubung dengan cadangan itu, memohon kepada Menteri supaya keputusannya dikaji semula, tetapi permohonan itu hendaklah dibuat sebelum habis tempoh tiga puluh hari dari tarikh syarikat itu diberitahu tentang penolakan

Menteri itu.

(6)

Menteri hendaklah menimbangkan permohonan yang disebut dalam subseksyen (5) dalam masa tiga bulan dari penerimaan permohonan itu.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 71

Report