Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2017Read it in English

Bahagian IV · Pentadbiran

28A. Section 28A

Feedback & support

(1)

Apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat yang telah disita menurut Akta ini boleh dilucut hak.

(2)

Mahkamah yang membicarakan mana-mana orang yang dituduh atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya boleh apabila selesainya perbicaraan itu, sama ada dia disabitkan atau tidak, memerintahkan supaya timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat yang telah disita daripada orang itu dilucut hak.

(3)

Jika tiada pendakwaan mengenai apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat yang telah disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberi di bawah Akta ini, maka timbang atau sukat itu hendaklah dikira dan disifatkan telah dilucut hak apabila tamatnya satu bulan kalendar dari tarikh ianya disita, melainkan suatu tuntutan telah dibuat sebelum tarikh tersebut mengikut cara yang dinyatakan kemudian daripada ini.

(4)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia adalah tuan punya mana-mana timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat yang telah disita di bawah Akta ini dan bahawa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat itu tidak boleh dilucut hak boleh dengan sendirinya atau melalui ejennya yang dibenarkan secara bertulis olehnya, memberi notis kepada Timbalan Ketua Inspektor mengenai tuntutannya.

(5)

Apabila menerima notis di bawah subseksyen (4), Timbalan

Ketua Inspektor hendaklah merujukkan notis itu kepada Ketua

Inspektor yang boleh, setelah apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, mengarahkan timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat itu dilepaskan atau dilucut hak atau merujukkan perkara itu kepada mahkamah untuk diputuskan.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 71

(6)

Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia adalah tuan punya timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat tersebut dan kepada orang yang daripadanya timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat itu telah disita untuk menghadirkan diri di hadapan mahkamah dan apabila dia memasukkan kehadirannya atau ingkar memasukkan kehadirannya, apabila terbukti bahawa saman telah dihantar dengan sewajarnya, mahkamah hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan apabila terbukti sesuatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dan timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat itu adalah perkara atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, hendaklah mengarahkan supaya timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat itu dilucut hak atau boleh, jika ketiadaan bukti tersebut, mengarahkan supaya timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat dilepaskan kepada orang yang berhak kepadanya.

(7)

Apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat yang dilucut hak atau disifatkan telah dilucut hak di bawah Akta ini hendaklah dilupuskan mengikut arahan Ketua Inspektor.

Report