Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 · Updated to 15 Jul 2016 · Bahagian II · Kuasa Tahanan Pencegahan
4. Pemeriksaan orang yang mengetahui fakta dan hal keadaan kes
Feedback & supportBagi maksud memuaskan hati Menteri bahawa suatu perintah di bawah subseksyen 6(1) patut dibuat dan bagi maksud membolehkan
Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah
Pencegahan Khas) 9
Menteri memberi pernyataan di bawah perenggan 9(2)(b), seseorang pegawai polis yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh mengarahkan mana-mana anggota polis berpangkat tidak rendah daripada Sarjan memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dikira mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu dan hendaklah mencatatkan apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa itu.
Orang itu adalah terikat supaya menjawab semua soalan berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai itu.
Seseorang yang membuat sesuatu pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang supaya menyatakan yang sebenarnya, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan.
Seseorang pegawai polis yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang subseksyen (2) dan (3).
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai tarikh dan masa ia dibuat dan hendaklah ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuat dan selepas dia diberi peluang membuat apa-apa pembetulan yang dikehendakinya.
Peruntukan terdahulu seksyen ini tidaklah menjejaskan peruntukan subseksyen 3(3A).