Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2016Read it in English

Bahagian II · Kuasa Tahanan Pencegahan

24. Penghapusan kesulitan

Feedback & support
(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui Perintah yang disiarkan dalam Warta, membuat peruntukan yang difikirkannya perlu atau bermanfaat untuk mengadakan peruntukan bagi menghapuskan apa-apa jua kesulitan atau anomoli dalam mana-mana undang-undang bertulis, atau dalam melaksanakan apa-apa fungsi, menjalankan apa-apa kuasa, atau menunaikan apa-apa kewajipan, atau melakukan apa-apa perbuatan, di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang disebabkan oleh peruntukan Akta ini, dan bagi maksud itu Perintah yang sedemikian boleh membuat apa-apa jua pengubahsuaian, pemadanan, pengubahan, penukaran atau pindaan kepada mana-mana undang-undang bertulis.

(2)

Dalam subseksyen (1) “undang-undang bertulis” meliputi Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang disebut dengan nyata dalam Akta ini.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 316

Report