Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 · Updated to 15 Jul 2016 · Bahagian II · Kuasa Tahanan Pencegahan
23. Perundangan subsidiari yang dibuat, dan arahan yang diberi, di bawah Ordinan mempunyai kuat kuasa di bawah Akta ini
Feedback & supportSemua kaedah dan peraturan yang dibuat, dan arahan yang diberikan, di bawah Ordinan dan yang berkuat kuasa sebelum sahaja
Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah, setakat yang ia tidak konsisten dengan peruntukan Akta ini, disifatkan telah dibuat atau diberikan di bawah Akta ini oleh pihak berkuasa yang berkenaan yang mempunyai kuasa membuat atau memberikan kaedah, peraturan atau arahan itu di bawah Akta ini (tanpa mengambil kira sama ada kuasa di bawah Akta ini dinyatakan sebagai kuasa untuk membuat kaedah atau kuasa untuk
Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah
Pencegahan Khas) 29
membuat peraturan bagi perkara yang berkenaan), dan hendaklah, oleh itu, mempunyai kuat kuasa bagi maksud Akta ini dengan semua ubah suaian yang perlu untuk menyelaraskannya dengan peruntukan Akta ini, sehingga ia digantikan dengan kaedah, peraturan atau arahan yang dibuat atau diberikan di bawah Akta ini oleh pihak berkuasa yang berkenaan yang mempunyai kuasa membuat atau memberikan kaedah, peraturan atau arahan itu di bawah Akta ini.
Pada memakai peruntukan subseksyen (1), peruntukan—
proviso kepada subseksyen 4(3);
proviso pertama kepada subseksyen 5(3); dan
subseksyen 13G(3),
Ordinan hendaklah juga terpakai mutatis mutandis berhubung dengan
Akta ini mengikut cara yang sama sebagaimana ia terpakai berhubung dengan Ordinan.