PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/1997/558
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA LAPORAN KEWANGAN 1997 is Malaysia Act, cited as Act 558 1997, currently marked in force and first recorded in 1997.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
6
Undang-Undang Malaysia
“Bank Negara” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519];
“buletin isu” ertinya pernyataan yang dikeluarkan atau diluluskan oleh
Lembaga di bawah subseksyen 7(1A) berkenaan dengan tafsiran, pemakaian atau pelaksanaan mana-mana piawaian perakaunan diluluskan atau perkara yang berhubungan dengan piawaian perakaunan diluluskan atau apa-apa perkara yang berhubungan dengan amalan perakaunan yang digunakan bagi penyediaan penyata kewangan, sama ada secara am atau berhubungan dengan apa-apa prinsip atau transaksi perakaunan yang khusus;
“Institut Akauntan Malaysia” ertinya badan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Akauntan 1967 [Akta 94];
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah subseksyen 19(1);
“Lembaga” ertinya Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 7;
“Lembaga Pemantauan Audit” ertinya Lembaga Pemantauan Audit yang ditubuhkan di bawah seksyen 31C Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993
[Akta 498];
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“pegawai utama”, berhubungan dengan sesuatu syarikat awam tersenarai, ertinya seseorang, dengan nama apa jua disebut, yang bertanggungjawab bagi perjalanan perniagaan dan pentadbiran syarikat awam tersenarai itu, dan termasuk pengerusi bukan eksekutif syarikat awam tersenarai itu;
“Pendaftar Syarikat” ertinya Pendaftar Syarikat yang dilantik di bawah
Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
“piawaian perakaunan” ertinya pernyataan amalan perakaunan yang lazim yang digunakan bagi menyediakan penyata kewangan;
“piawaian perakaunan diiktiraf antarabangsa yang boleh diterima” ertinya piawaian perakaunan yang dikeluarkan oleh badan-badan pengeluar piawaian
Laporan Kewangan 7
perakaunan yang lain yang diberi pengiktirafan oleh Lembaga di bawah seksyen 26A;
“piawaian perakaunan diluluskan” ertinya —
piawaian perakaunan baru yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah perenggan 7(1A)(a);
piawaian perakaunan yang sedia ada yang diterima pakai oleh
Lembaga di bawah perenggan 7(1A)(b); dan
berhubungan dengan syarikat asing yang disenaraikan di bursa saham di Malaysia, piawaian perakaunan diiktiraf antarabangsa yang boleh diterima;
“piawaian perakaunan diluluskan MASB” ertinya piawaian perakaunan diluluskan selain piawaian perakaunan diiktiraf antarabangsa yang boleh diterima;
“Suruhanjaya Sekuriti” ertinya Suruhanjaya Sekuriti yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498];
“syarikat asing” mempunyai erti yang sama seperti dalam Akta Syarikat 1965;
“Yayasan” ertinya Yayasan Laporan Kewangan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3.
Bahagian II
LEMBAGA PIAWAIAN PERAKAUNAN MALAYSIA
Penubuhan Yayasan
Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama
“Yayasan Laporan Kewangan” yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya itu dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil,
8
Undang-Undang Malaysia memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan dalamnya yang terletak hak pada
Yayasan mengikut apa-apa terma yang didapatinya patut.
Fungsi Yayasan
untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta.
Tanpa mengehadkan keluasan fungsi Yayasan dalam subseksyen (1),
Yayasan hendaklah bertanggungjawab—
memberikan pandangannya kepada Lembaga tentang apa-apa perkara yang hendak diusahakan atau dilaksanakan oleh Lembaga berhubung dengan fungsi Lembaga di bawah seksyen 7;
bagi segala perkiraan pembiayaan bagi operasi Lembaga, termasuk meluluskan belanjawan Lembaga.
Yayasan tidak boleh, menurut atau berkaitan dengan mana-mana kuasanya di bawah subseksyen (1) dan (2), mengarahkan Lembaga supaya mengusahakan atau tidak mengusahakan mana-mana projek atau kegiatan tertentu atau selainnya menyentuh penjalanan kuasa Lembaga atau pelaksanaan fungsi Lembaga di bawah Akta ini.
Laporan Kewangan 9
Anggota Yayasan
Fungsi Yayasan adalah—
Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti atau wakilnya;
(ca) Pengerusi Lembaga Pemantauan Audit atau wakilnya;
Presiden Institut Akauntan Malaysia atau wakilnya yang hendaklah merupakan seorang anggota majlis bagi Institut
Akauntan Malaysia;
empat orang anggota lain yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam perkara perakaunan kewangan dan dalam satu atau lebih daripada bidang yang berikut:
perakaunan;
Menteri boleh melantik seorang Pengerusi daripada kalangan orang yang disebut dalam subseksyen (1).
Mesyuarat Yayasan
Jika Pengerusi Yayasan tidak hadir pada mana-mana mesyuarat
Yayasan, anggota yang hadir pada mesyuarat Yayasan itu hendaklah memilih seorang daripada anggota yang dinyatakan dalam perenggan 5(1)(a)
hingga (f) yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat itu.
Mana-mana anggota Yayasan boleh mengambil bahagian dalam sesuatu mesyuarat Yayasan dengan menggunakan cara telepersidangan atau videopersidangan atau cara elektronik yang lain.
Seseorang anggota Yayasan yang mengambil bahagian dalam sesuatu mesyuarat Yayasan dengan menggunakan cara telepersidangan atau videopersidangan atau cara elektronik yang lain disifatkan telah menghadiri mesyuarat itu.
Tertakluk kepada subseksyen (2), (3), (4) dan (5), Yayasan boleh menentukan penjalanan prosidingnya.
Penubuhan dan fungsi Lembaga
, Lembaga hendaklah bertanggungjawab—
mengeluarkan piawaian perakaunan baru sebagai piawaian perakaunan diluluskan;
mengkaji semula, menyemak, atau menerima pakai sebagai piawaian perakaunan diluluskan, piawaian perakaunan yang sedia ada;
Laporan Kewangan 11
meminda, menggantikan, menggantung, menunda, menarik balik atau membatalkan apa-apa piawaian perakaunan diluluskan keseluruhannya atau sebahagiannya;
mengeluarkan, meluluskan, mengkaji semula, menyemak, meminda, menggantikan, menggantung, menunda, menarik balik atau membatalkan apa-apa buletin isu keseluruhannya atau sebahagiannya;
mengeluarkan, meluluskan, mengkaji semula, menyemak, meminda, menggantikan, menggantung, menunda, menarik balik atau membatalkan apa-apa pernyataan tentang prinsip, apa-apa keluaran teknikal dan keluaran lain dan apa-apa dokumen lain yang berhubungan dengan laporan kewangan walau dikenali dengan apa nama jua pun keseluruhannya atau sebahagiannya;
menaja atau mengusahakan pembangunan piawaian perakaunan yang berkemungkinan;
bekerjasama dengan penggubal piawaian perakaunan kebangsaan dan antarabangsa lain dan mengawasi pembangunan piawaian perakaunan kebangsaan dan antarabangsa lain;
menyertai dalam dan menyumbang kepada pembangunan suatu set tunggal piawaian perakaunan bagi kegunaan antarabangsa;
mengendalikan apa-apa perundingan awam yang perlu untuk menentukan kandungan konsep, prinsip dan piawaian perakaunan;
membangunkan suatu rangka kerja konsep bagi maksud menilai piawaian perakaunan yang dicadangkan;
membuat apa-apa perubahan kepada bentuk dan kandungan piawaian perakaunan yang dicadangkan sebagaimana yang dianggapnya perlu;
mengawasi pengendalian piawaian perakaunan diluluskan untuk menilai keberterusan kaitannya dan keberkesanannya; dan 12
Undang-Undang Malaysia
melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan atau dikenakan ke atasnya oleh Akta ini atau apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Lembaga hendaklah, berhubung dengan fungsi-fungsinya di bawah perenggan (1A)(a), (b), (c), (d), (e), (j) atau (k), meminta pandangan
Yayasan.
Piawaian perakaunan diluluskan yang dikeluarkan atau diterima pakai di bawah subseksyen (1A) boleh dinyatakan terpakai berhubungan dengan—
apa-apa akaun yang disiarkan bagi sesuatu pengusahaan komersial, industri atau perniagaan di Malaysia dan subsidiari seberang laut dan perbadanan berkaitan jika akaun itu akan digabungkan dalam akaun disatukan di Malaysia; dan
tempoh perakaunan atau tempoh perakaunan interim;
dan boleh─
(aa) mempunyai pemakaian secara am atau khusus;
(bb) berbeza mengikut perbezaan masa atau hal keadaan.
enam orang anggota lain yang hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam perkara akaun dan laporan kewangan dan dalam satu daripada bidang yang berikut atau lebih:
Laporan Kewangan 13
perakaunan;
Sekurang-kurangnya lima orang daripada anggota yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah anggota Institut Akauntan Malaysia.
Menteri boleh melantik tiga orang penasihat kepada Lembaga untuk mewakili—
Penasihat yang dilantik di bawah subseksyen (3) hendaklah dilantik daripada kalangan orang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perakaunan, undang-undang, perniagaan atau kewangan.
Penasihat yang dilantik di bawah subseksyen (3) hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang ditentukan oleh Menteri.
Mesyuarat Lembaga
Enam orang anggota Lembaga hendaklah membentuk kuorum pada semua mesyuarat Lembaga.
Mana-mana anggota Lembaga boleh mengambil bahagian dalam sesuatu mesyuarat Lembaga dengan menggunakan cara telepersidangan atau videopersidangan atau cara elektronik yang lain.
14
Undang-Undang Malaysia
Mana-mana anggota Lembaga yang mengambil bahagian dalam sesuatu mesyuarat Lembaga dengan menggunakan cara telepersidangan atau videopersidangan atau cara elektronik yang lain disifatkan sebagai telah menghadiri mesyuarat itu.
Penasihat kepada Lembaga berhak menghadiri mesyuarat Lembaga tetapi tidak berhak mengundi.
Sesuatu persoalan yang dibangkitkan pada mana-mana mesyuarat
Lembaga hendaklah ditentukan oleh tidak kurang daripada enam undi anggota yang hadir dan mengundi.
Tertakluk kepada subseksyen (2), (2A), (2B), (3), (4) dan (6), Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan perjalanan prosidingnya.
Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud mendapatkan pandangan tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.
Hilang kelayakan
yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk melaksanakan kewajipannya;
yang telah disabitkan dan telah dijatuhi hukuman pemenjaraan selama tempoh yang tidak kurang daripada satu tahun;
yang telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan, atau keburukan akhlak; atau
yang bankrap, tidak layak dilantik menjadi anggota Yayasan atau Lembaga, atau jika dia sedang menjadi anggota Yayasan atau Lembaga hendaklah terhenti menjadi
Laporan Kewangan 15
anggota sedemikian.
Saraan
Anggota Yayasan dan Lembaga dan penasihat kepada Lembaga tidak berhak mendapat apa-apa saraan tetapi boleh dibayar apa-apa honorarium dan elaun perjalanan dan elaun sara hidup sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri.
Tempoh jawatan
Tertakluk kepada seksyen 10, 13 dan 14, seseorang anggota Yayasan atau Lembaga selain daripada anggota ex-officio hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan adalah layak dilantik semula bagi satu tempoh berturutan saja.
Peletakan jawatan dan pembatalan pelantikan
Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan, tanpa memberikan apa-apa sebab baginya, pelantikan seseorang anggota Yayasan atau Lembaga jika difikirkannya suai manfaat untuk dia berbuat demikian.
Pengosongan jawatan
Seseorang anggota Yayasan atau Lembaga hendaklah disifatkan telah
16
Undang-Undang Malaysia mengosongkan jawatannya jika dia tidak menghadiri tiga mesyuarat
Lembaga berturut-turut tanpa kebenaran daripada─
Yayasan dan Lembaga hendaklah memberi Menteri apa-apa maklumat yang berhubungan dengan kegiatannya sebagaimana yang dikehendaki oleh
Menteri dari semasa ke semasa.
Kuasa dan kewajipan lain Yayasan dan Lembaga
Yayasan dan Lembaga hendaklah mempunyai apa-apa kuasa dan hendaklah menjalankan apa-apa kewajipan yang diberikan atau dikenakan oleh Akta ini.
Pengambilan khidmat ketua pegawai eksekutif dan orang lain
Yayasan hendaklah, atas syor Lembaga, melantik seorang ketua pegawai eksekutif yang fungsi dan kewajipannya hendaklah termasuk
Laporan Kewangan 17
membantu Lembaga dalam pentadbiran harian Lembaga dan dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Pengambilan kerja pegawai dan pekhidmat
Yayasan boleh membuat perkiraan bagi pembayaran kepada pegawai dan pekhidmatnya, termasuk ketua pegawai eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen 17(2), dan orang tanggungan mereka apa-apa faedah persaraan, ganjaran atau elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Yayasan.
Bahagian III
Kumpulan Wang
Kumpulan Wang ini hendaklah mengandungi—
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini;
apa-apa sumbangan yang dibuat oleh mana-mana orang termasuk kumpulan industri dan perbadanan;
segala jumlah wang atau harta lain yang dengan apa-apa jua cara menjadi kena dibayar kepada Yayasan atau Lembaga atau terletak
18
Undang-Undang Malaysia hak pada Yayasan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.
Yayasan boleh mewakilkan fungsinya di bawah subseksyen (1)
kepada─
Apa-apa pewakilan di bawah subseksyen (3) tidaklah menghalang penjalanan serentak oleh Yayasan fungsi Yayasan yang diwakilkan sedemikian.
Perbelanjaan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
Kumpulan Wang hendaklah digunakan bagi maksud—
membayar apa-apa perbelanjaan yang telah dilakukan dengan sah oleh Yayasan atau Lembaga termasuk fi dan kos, sama ada fi guaman atau selainnya, dan saraan pegawai dan pekhidmat yang diambil bekerja oleh Yayasan, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan atau ganjaran;
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang sebenarnya dilakukan atau disetuju terima oleh Yayasan atau
Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini;
membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain Yayasan atau Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah
Akta ini;
secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Laporan Kewangan 19
Tahun kewangan Yayasan
Tahun kewangan Yayasan hendaklah bermula pada satu haribulan
Januari dan berakhir pada tiga puluh satu haribulan Disember pada setiap tahun.
Pelaburan
Wang dalam Kumpulan Wang hendaklah, setakat yang tidak perlu dibelanjakan oleh Yayasan di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut cara yang didapati sesuai oleh Yayasan.
Laporan tahunan
Yayasan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas tamat setiap tahun kewangan, menyediakan suatu laporan tentang kegiatan
Yayasan dan Lembaga, kedua-duanya, sepanjang tahun kewangan itu dan menghantar satu salinan laporan itu kepada Menteri yang hendaklah menyebabkan satu salinan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua
Majlis Parlimen.
Akaun
Yayasan hendaklah menyebabkan penyata akaunnya diaudit oleh juruaudit yang dilantik olehnya.
Yayasan hendaklah dengan seberapa segera yang praktik menghantar satu salinan penyata akaunnya yang sudah diaudit berserta satu salinan laporan juruaudit tentangnya kepada Menteri yang hendaklah menyebabkan
20
Undang-Undang Malaysia satu salinan penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua
Majlis Parlimen.
Ketidakpakaian Akta 240
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240]
tidaklah terpakai bagi Yayasan.
Kuasa meminjam
Yayasan boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, meminjam, pada kadar faedah dan bagi tempoh dan atas terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh
Yayasan bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau obligasi Lembaga atau menjalankan mana-mana fungsinya atau fungsi Lembaga.
BAHAGIAN IIIA
PIAWAIAN
Badan pengeluar yang lain
Lembaga boleh memberikan pengiktirafan kepada badan pengeluar piawaian perakaunan yang lain jika Lembaga berpendapat bahawa ─
badan pengeluar piawaian perakaunan itu mempunyai kedudukan dan reputasi bertaraf antarabangsa; dan
piawaian perakaunan badan pengeluar piawaian perakaunan itu boleh diterima bagi maksud penyata kewangan yang dikehendaki supaya disediakan atau diserahkan di bawah mana-mana undang-undang yang ditadbirkan oleh Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara atau Pendaftar Syarikat oleh syarikat asing yang disenaraikan di bursa saham di Malaysia.
Laporan Kewangan 21
Piawaian bagi syarikat asing
Penyata kewangan yang dikehendaki supaya disediakan atau diserahkan di bawah mana-mana undang-undang yang ditadbirkan oleh Suruhanjaya Sekuriti,
Bank Negara atau Pendaftar Syarikat oleh syarikat asing yang disenaraikan di bursa saham di Malaysia hendaklah mematuhi pada keseluruhannya dengan sama ada—
mana-mana piawaian perakaunan diiktiraf antarabangsa yang boleh diterima; atau
piawaian perakaunan diluluskan MASB.
Piawaian bagi orang selain syarikat asing
Penyata kewangan yang dikehendaki supaya disediakan atau diserahkan di bawah mana-mana undang-undang yang ditadbirkan oleh Suruhanjaya Sekuriti,
Bank Negara atau Pendaftar Syarikat oleh mana-mana orang selain syarikat asing yang disenaraikan di bursa saham di Malaysia hendaklah mematuhi piawaian perakaunan diluluskan MASB sahaja.
Pematuhan piawaian perakaunan diluluskan
Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi pihak berkuasa yang berikut:
Suruhanjaya Sekuriti berkenaan dengan perbadanan yang disenaraikan dalam bursa saham atau mana-mana entiti yang diselia oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah undang-undang sekuriti;
22
Undang-Undang Malaysia
Bank Negara berkenaan dengan mana-mana entiti yang diselia oleh Bank Negara; atau
Pendaftar Syarikat berkenaan dengan semua entiti lain yang tidak termasuk di bawah perenggan (a) atau (b).
Bahagian IV
(Dipotong oleh Akta A1233).
Kerahsiaan
Menteri boleh membuat apa-apa peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi menjalankan atau memberikan kuat kuasa kepada peruntukan
Akta ini.
Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang
mana-mana orang yang dilantik menurut Akta ini, bagi atau disebabkan oleh, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggal daripada dilakukan atau dibuat, atau yang berupa sebagai dilakukan atau dibuat, menurut atau dalam melaksanakan, atau penurutan atau pelaksanaan yang dimaksudkan terhadap,
Akta ini, apa-apa piawaian perakaunan diluluskan, buletin isu, tafsiran, panduan atau keluaran atau benda lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini jika perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.
Dalam seksyen ini, ungkapan “pegawai” termasuklah mana-mana ketua pegawai eksekutif atau pegawai lain yang dilantik oleh Yayasan di bawah Akta ini.
24
Akta 558
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A1233
Akta Laporan Kewangan (Pindaan)
2004
01-01-2005
Akta A1427
Akta Laporan Kewangan (Pindaan)
2012 01-01-2012
25
Akta 558
SENARAI PINDAAN
Seksyen
Kuasa Meminda
Berkuat kuasa dari
2
Akta A1233 01-01-2005
Akta A1427 01-01-2012 4
Akta A1427 01-01-2012 5
Akta A1233 01-01-2005
Akta A1427 01-01-2012 6
Akta A1233 01-01-2005
Akta A1427 01-01-2012 7
Akta A1233 01-01-2005
Akta A1427 01-01-2012 9
Akta A1233 01-01-2005 17
Akta A1233 01-01-2005 18
Akta A1233 01-01-2005
Bahagian IIIA
Akta A1233 01-01-2005 26A
Akta A1233 01-01-2005 26B
Akta A1233 01-01-2005 26C
Akta A1233 01-01-2005 26D
Akta A1233 01-01-2005
Akta A1427 01-01-2012 27
Akta A1233 01-01-2005 30
Akta A1427 01-01-2012