PERMULAAN
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2007/673
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007 is Malaysia Act, cited as Act 673 2007, currently marked in force and first recorded in 2007.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
Akta ini terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah-Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anggota Perbadanan” ertinya seseorang anggota Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 5;
8
Undang-Undang Malaysia
Akta 673
“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh
Perbadanan di bawah seksyen 11;
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya ketua pegawai eksekutif
Perbadanan;
“Ketua Pengarah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam 2007 [Akta 672];
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Perbadanan Pengurusan
Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang ditubuhkan di bawah seksyen 27;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 5;
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“perkhidmatan pengurusan pembersihan awam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam 2007;
“perkhidmatan pengurusan sisa pepejal” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam 2007;
“syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4 *Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
“undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam” ertinya Akta ini dan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 2007, dan termasuk mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang itu.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016
[Akta 777] m.b.p. 31 Januari 2017.
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 9
Bahagian II
Penubuhan Perbadanan
Perbadanan adalah kekal turun-temurun dan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan.
Perbadanan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanan.
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Perbadanan boleh, atas apa-apa terma yang disifatkannya patut—
berkenaan dengan apa-apa jenis harta alih dan tak alih dan kepentingan mengenai apa-apa jenis harta alih dan tak alih—
memperoleh, membeli dan mengambil harta dan kepentingan itu; dan
memegang, menikmati, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahakkan semula, memindahkan hakmilik, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai, harta dan kepentingan yang terletak hak pada Perbadanan.
Meterai perbadanan
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Perbadanan, suatu cap yang mengandungi perkataan “Perbadanan Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan bagi Perbadanan.
Meterai perbadanan bagi Perbadanan hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai
Perbadanan yang diberi kuasa oleh Perbadanan, dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atau oleh mana-mana anggota
Perbadanan yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis.
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan disahkan mengikut subseksyen (3) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
Apa-apa surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota Perbadanan atau seorang pegawai atau pekerja Perbadanan yang diberi kuasa oleh
Perbadanan bagi maksud itu.
Meterai perbadanan bagi Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Keanggotaan Perbadanan
Akta 673
Perbadanan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
seorang wakil Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam;
seorang wakil Unit Perancang Ekonomi;
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 11
tidak lebih daripada tiga orang anggota lain yang hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan.
Akuan berkanun oleh anggota Perbadanan
Jika seseorang anggota Perbadanan memperoleh apa-apa kepentingan, dari segi kewangan atau selainnya, dalam apa-apa usaha yang melibatkan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam dia hendaklah, dalam masa tiga puluh hari selepas pemerolehan itu, memberikan notis secara bertulis kepada Menteri dengan menyatakan kepentingan yang telah diperoleh itu, dan Menteri boleh, selepas menimbangkan perkara itu, jika difikirkannya patut, mengisytiharkan bahawa anggota itu telah mengosongkan jawatannya.
Tempoh jawatan
Seksyen ini tidak terpakai bagi Ketua Pegawai Eksekutif.
12
Undang-Undang Malaysia
Akta 673
Elaun anggota Perbadanan
Pengerusi dan anggota Perbadanan, selain Ketua Pegawai
Eksekutif, hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain pada kadar sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan
Seseorang anggota Perbadanan, selain Ketua Pegawai
Eksekutif, boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Menteri.
Pengosongan jawatan
Jawatan seseorang anggota Perbadanan, selain anggota yang dilantik di bawah perenggan 5(b) hingga (f), hendaklah menjadi kosong—
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Perbadanan atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama Perbadanan;
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 13
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat
Perbadanan tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran
Menteri;
dalam hal seorang anggota Perbadanan selain Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Perbadanan tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis daripada
Pengerusi;
Perbadanan boleh melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.
Perbadanan boleh melantik mana-mana orang menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.
Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.
Perbadanan boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa.
14
Undang-Undang Malaysia
Akta 673
Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
Sesuatu jawatankuasa adalah tertakluk kepada, dan hendaklah bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Perbadanan.
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya—
minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan
salinan minit semua mesyuaratnya hendaklah dikemukakan kepada Perbadanan secepat yang dapat dilaksanakan.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Anggota sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (12) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain yang ditentukan oleh Perbadanan.
Penzahiran kepentingan
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu—
anggota itu tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan
anggota itu tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.
Seseorang anggota Perbadanan atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Tiada tindakan atau prosiding Perbadanan atau jawatankuasa boleh menjadi tidak sah atas alasan bahawa mana-mana anggota
Perbadanan atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.
Bagi maksud subseksyen (1)—
“anggota keluarganya” termasuklah—
suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan 16
Undang-Undang Malaysia
Akta 673
“sekutunya” ertinya—
firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;
pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seorang anggota keluarganya adalah seorang benefisiari; atau
mana-mana perbadanan mengikut pengertian *Akta Syarikat 1965, yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya ialah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.
Ketidaklayakan dan penamatan anggota Perbadanan
Pembersihan Awam 15
dia seorang pegawai mana-mana syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam 2007; atau
dia mempunyai apa-apa kepentingan, dari segi kewangan atau selainnya, dalam apa-apa pengusahaan yang melibatkan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Tindakan dan prosiding Perbadanan tidak terjejas oleh kekosongan jawatan, dsb.
Perbadanan jika—
Perbadanan boleh bertindak walau apa pun apa-apa kekosongan dalam keanggotaannya dan kesahan prosidingnya tidak terjejas oleh—
apa-apa kecacatan yang kemudiannya diketahui dalam pelantikan atau kelayakan mana-mana anggota atau pembentukan Perbadanan;
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016
[Akta 777] m.b.p. 31 Januari 2017.
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 17
apa-apa peninggalan, kecacatan atau salah aturan dalam pengadaan atau penjalanan sesuatu mesyuarat; atau
kehadiran atau penyertaan seseorang yang bukan seorang anggota Perbadanan.
Kewajipan anggota Perbadanan
Seseorang anggota Perbadanan atau mana-mana orang yang pernah menjadi anggota Perbadanan tidak boleh—
menggunakan secara tidak wajar apa-apa maklumat yang diperoleh oleh sebab kedudukannya sebagai seorang anggota Perbadanan untuk mendapat, secara langsung atau tidak langsung suatu faedah bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau
melakukan, memperkatakan atau menyiarkan apa-apa yang boleh memudaratkan kepentingan Perbadanan.
Mesyuarat
Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat
Perbadanan dan semasa ketiadaannya, anggota yang hadir hendaklah melantik seorang pengerusi daripada kalangan mereka dan orang yang dilantik itu hendaklah mempengerusikan mesyuarat dan mempunyai segala kuasa Pengerusi.
Pengerusi dan empat anggota lain yang hadir dalam sesuatu mesyuarat Perbadanan hendaklah membentuk kuorum.
Keputusan Perbadanan hendaklah diambil secara undi lebih suara anggota yang hadir dan mengundi.
18
Undang-Undang Malaysia
Akta 673
Dalam hal keadaan bilangan undi sama banyak Pengerusi hendaklah mempunyai suatu undi pemutus.
Suatu ketetapan secara bertulis, yang ditandatangani oleh semua anggota yang pada masa itu berhak untuk menerima notis suatu mesyuarat Perbadanan, adalah sah dan berkesan seolah-olah ketetapan itu telah diluluskan pada masa mesyuarat Perbadanan yang telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua ketetapan sedemikian boleh terdiri daripada beberapa dokumen dalam bentuk serupa, setiap satunya ditandatangani oleh seorang anggota atau lebih.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang
Pengerusi daripada membenarkan seorang anggota untuk menggunakan video secara langsung, rangkaian televisyen atau kemudahan perhubungan atau multimedia lain yang sesuai untuk mengambil bahagian dalam mana-mana mesyuarat Perbadanan.
Bahagian III
untuk mengesyorkan dasar, rancangan dan strategi termasuk skim berkenaan dengan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam kepada Kerajaan Persekutuan;
untuk melaksanakan apa-apa dasar, rancangan dan strategi termasuklah skim yang diputuskan oleh Kerajaan
Persekutuan;
untuk melaksanakan langkah-langkah yang diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi memajukan mana-mana perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam sedia ada;
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 19
untuk mengesyorkan standard, spesifikasi dan tataamalan yang berhubungan dengan apa-apa aspek perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam kepada Kerajaan Persekutuan;
untuk mengawasi pematuhan standard, spesifikasi dan tataamalan yang berhubungan dengan apa-apa aspek perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam yang ditetapkan oleh
Kerajaan Persekutuan;
untuk melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan mengesyorkan pembaharuan kepada undang-undang itu kepada Kerajaan Persekutuan;
untuk memastikan bahawa fungsi dan obligasi mana-mana orang yang menjalankan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal atau perkhidmatan pengurusan pembersihan awam dijalankan dengan sepatutnya;
untuk menambah usaha bersepadu ke arah peningkatan kecekapan pengendalian perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam;
untuk melaksanakan langkah untuk menggalakkan penyertaan awam dan mempertingkatkan kesedaran awam mengenai perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam;
untuk merumuskan dan melaksanakan pembangunan dan pembiayaan sumber manusia dan program kerjasama bagi pelaksanaan fungsi Perbadanan dengan patut dan berkesan;
untuk bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan perbadanan atau agensi kerajaan bagi maksud melaksanakan fungsi
Perbadanan;
untuk menggunakan semua harta alih dan tak alih
Perbadanan mengikut apa-apa cara yang difikirkan suai manfaat oleh Perbadanan termasuklah menggadaikan harta itu bagi mendapatkan pinjaman;
20
Undang-Undang Malaysia
Akta 673
untuk menggalakkan, mempromosi, memudahkan dan merangsang pertumbuhan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam melalui pelbagai cara termasuklah mengatur penjalanan penyelidikan, penilaian, kajian dan khidmat nasihat;
untuk mengekalkan dan memperbaiki standard dan tahap perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam;
untuk menubuhkan institusi, pusat dan bengkel bagi menjalankan penyelidikan dan aktiviti-aktiviti lain yang perlu bagi atau berhubung dengan pembangunan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam;
untuk menentukan dan mengenakan fi, caj atau bayaran lain bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Perbadanan;
dan
untuk menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan kepadanya di bawah undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Perbadanan hendaklah mempunyai segala kuasa sebagaimana yang perlu bagi, atau berkaitan, atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Pewakilan fungsi Perbadanan
Mana-mana orang yang diwakilkan dengan fungsi sedemikian adalah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Perbadanan dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh
Perbadanan.
Mana-mana fungsi yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak
Perbadanan.
Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Perbadanan daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi kuasa yang telah diwakilkan itu pada bila-bila masa.
Arahan oleh Menteri
Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi Perbadanan arahan yang bersifat am yang selaras dengan peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi Perbadanan dan
Perbadanan hendaklah melaksanakan arahan itu dengan seberapa segera yang mungkin.
Penyata, laporan, akaun dan maklumat
Ketua Pengarah boleh dari semasa ke semasa meminta
Ketua Pegawai Eksekutif untuk memberikan apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan pelaksanaan fungsi Perbadanan.
22
Undang-Undang Malaysia
Akta 673
Bahagian IV
PEGAWAI DAN PEKERJA
Ketua Pegawai Eksekutif
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan hendaklah layak untuk dilantik semula apabila tamat tempoh jawatannya.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah disifatkan menjadi pegawai atau pekerja Perbadanan dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan yang ditetapkan oleh Perbadanan dengan kelulusan Menteri.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah memperoleh apa-apa pampasan dan apa-apa kemudahan lain sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, atas syor Perbadanan.
Perbadanan hendaklah meletakhakkan pada Ketua Pegawai
Eksekutif apa-apa kuasa dan mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Perbadanan.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal hari ke hari Perbadanan.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekerja Perbadanan.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Menteri dan Perbadanan dari semasa ke semasa.
Dalam menunaikan kewajipannya Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Perbadanan.
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 23
Penjalanan sementara fungsi Ketua Pegawai Eksekutif
Menteri boleh melantik secara sementara mana-mana pegawai
Ketua Pegawai Eksekutif tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau
Ketua Pegawai Eksekutif, kerana apa-apa sebab, tidak boleh melaksanakan tugas jawatannya.
Pelantikan pegawai dan pekerja
Perbadanan untuk bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif selama tempoh—
Seseorang pegawai atau pekerja Perbadanan hendaklah, pada setiap masa, bertindak dengan suci hati dan mematuhi apa-apa kehendak, standard, kewajipan dan tatalaku yang ditentukan oleh
Perbadanan.
Pinjaman, biasiswa, wang pendahuluan, dsb.
Perbadanan—
boleh memberikan pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan kepada pegawai dan pekerjanya tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan; dan
boleh memberikan derma kepada mana-mana orang atau kumpulan orang dalam apa-apa amaun dan bagi apa-apa maksud sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri.
24
Undang-Undang Malaysia
Akta 673
Pembayaran faedah persaraan, dsb.
Perbadanan boleh membuat perkiraan bagi pembayaran kepada pegawai dan pekerjanya dan orang tanggungan mereka apa-apa faedah persaraan, ganjaran dan elaun lain yang ditentukan oleh
Perbadanan.
Perbadanan boleh menerima pakai peraturan-peraturan, dsb.
Perbadanan boleh menerima pakai dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkannya patut apa-apa peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, dasar, surat pekeliling dan arahan yang dibuat atau dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan berhubung dengan apa-apa perkara di bawah Bahagian ini.
Bahagian V
Kumpulan Wang Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa wang yang diperuntukkan oleh Parlimen dari semasa ke semasa bagi maksud pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam;
semua wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan yang dibuat oleh Perbadanan;
semua wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pemajakan atau penyewaan, atau apa-apa urus niaga lain mengenai, apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Perbadanan;
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 25
semua wang yang didapati daripada perkhidmatan perundingan dan penasihat dan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Perbadanan;
semua wang dan harta lain yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada
Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsinya;
semua wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada
Kumpulan Wang;
semua derma dan sumbangan yang diterima daripada dalam atau luar Malaysia; dan
semua wang lain yang diterima secara sah oleh Perbadanan.
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:
membayar elaun dan perbelanjaan lain anggota Perbadanan dan anggota jawatankuasa dan saraan, elaun dan perbelanjaan lain pegawai dan pekerja Perbadanan, termasuklah pemberian pinjaman dan wang pendahuluan, elaun persaraan, faedah persaraan dan ganjaran;
memberikan pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan kepada pekerjanya di bawah seksyen 24;
26
Undang-Undang Malaysia
Akta 673
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan yang dilakukan atau diterima dengan sepatutnya oleh Perbadanan bagi maksud pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, termasuk pengambilan perunding, fi dan kos guaman serta caj dan kos lain;
membeli atau menyewa kelengkapan, mesin dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan apa-apa aset, dan membina bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain bagi maksud pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam;
membayar balik wang yang dipinjam di bawah seksyen 32
dan bunga yang kena dibayar atas wang yang dipinjam itu;
secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi maksud pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam amnya, dan melaksanakan peruntukan undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam khasnya.
Pemeliharaan Kumpulan Wang
Perbadanan adalah berkewajipan untuk memelihara Kumpulan
Wang dengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Perbadanan mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya termasuklah susut nilai dan bunga atas modal dari setahun ke setahun.
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
Sebelum 1 September setiap tahun, Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaannya, termasuklah perbelanjaan bagi program penyelidikan dan pembangunan, bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh
Menteri.
Menteri hendaklah, sebelum 1 Januari tahun yang berikutnya, memberitahu Perbadanan amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2).
Perbadanan boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada
Menteri suatu anggaran perbelanjaan tambahannya bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.
Akaun bank
Pembersihan Awam 27
Perbadanan hendaklah membuka dan menyenggara akaun atau akaun-akaun dengan bank atau bank-bank di Malaysia sebagaimana yang difikirkannya patut, selepas berunding dengan
Menteri, dan tiap-tiap akaun itu hendaklah dikendalikan setakat yang dapat dilaksanakan melalui cek yang ditandatangani oleh mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Perbadanan bagi maksud itu dari semasa ke semasa.
Kuasa untuk meminjam
Menteri Kewangan pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri
Kewangan, apa-apa wang yang dikehendaki oleh Perbadanan bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau melaksanakan mana-mana kewajipannya.
28
Undang-Undang Malaysia
Akta 673
Pelaburan
Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, memperoleh dan membangunkan tanah dan harta bagi dan berkaitan dengan penjalanan kuasanya dan bagi maksud ini boleh membuat apa-apa rundingan, perkiraan atau perjanjian sebagaimana yang perlu bagi pengendalian berkesan dan cekap Perbadanan.
Had untuk berkontrak
Perbadanan tidak boleh, tanpa kelulusan Menteri dan Menteri
Kewangan, membuat apa-apa kontrak yang di bawahnya Perbadanan dikehendaki untuk membayar atau menerima suatu amaun yang melebihi sepuluh juta ringgit.
Tatacara kewangan
Tertakluk kepada Akta ini dan kelulusan Menteri, Perbadanan hendaklah menentukan tatacara kewangannya sendiri.
Tahun kewangan
Tahun kewangan Perbadanan hendaklah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.
Akaun dan laporan
suatu penyata akaun Perbadanan yang hendaklah mengandungi suatu kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan
Perbadanan hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri dan Menteri hendaklah menyebabkan supaya penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua
Majlis Parlimen.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Perbadanan.
Pemulaan pendakwaan
Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini kecuali oleh atau dengan keizinan secara bertulis
Pendakwa Raya.
Pekhidmat awam
Pengerusi, anggota Perbadanan dan mana-mana jawatankuasa, pegawai, pekerja dan ejen Perbadanan, semasa menunaikan kewajipan mereka di bawah Akta ini sebagai Pengerusi, anggota, pegawai, pekerja atau ejen sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Perbadanan atau mana-mana anggota
30
Undang-Undang Malaysia
Akta 673
Perbadanan, jawatankuasa, pegawai, pekerja atau ejen Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atas sifat sedemikian.
Obligasi kerahsiaan
tiada anggota Perbadanan atau mana-mana jawatankuasanya atau pegawai, pekerja atau ejen Perbadanan sama ada dalam atau selepas tempoh jawatan atau pekerjaannya dan tiada mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Perbadanan atau mana-mana jawatankuasanya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa melaksanakan kewajipannya; dan
tiada seorang lain pun yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Perbadanan boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Pewakilan dalam prosiding sivil
Perbadanan—
dalam mana-mana prosiding sivil yang lain yang dalamnya
Perbadanan dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengar, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Perbadanan bagi maksud itu boleh, bagi pihak Perbadanan, memulakan prosiding sedemikian atau hadir dalam prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan semua perbuatan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Perbadanan.
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 31
Kuasa untuk mengambil khidmat
Perbadanan boleh mengambil khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknikal, termasuklah peguam bela dan peguam cara, jurubank, perunding dan orang lain, untuk menguruskan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk diuruskan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.
Kuasa untuk menubuhkan syarikat
Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, menubuhkan syarikat dengan nama yang ditentukan oleh Perbadanan untuk menjalankan dan mempunyai tanggungjawab, penjalanan dan pengurusan bagi pihak Perbadanan terhadap apa-apa projek, skim atau perusahaan sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan dalam menunaikan fungsinya.
Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat
Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Perbadanan sebagai persediaan dan ke arah pelaksanaan yang sepatutnya Akta ini, dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya, pada menjangkakan pembuatan Akta ini hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini, dan segala hak yang diperoleh atau obligasi yang ditanggung bagi pihak Perbadanan daripada apa-apa yang dilakukan sedemikian hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi Perbadanan.
32
Undang-Undang Malaysia
Akta 673
Akta 673
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
– TIADA –
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 33
Akta 673
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
– TIADA –