/akn/my/act/act/2011/724

*AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2011

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2011
Sections
46
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2011 is Malaysia Act, cited as Act 724 2011, currently marked in force and first recorded in 2011.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk menubuhkan Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara dan Balai Seni Visual Negara, untuk mengadakan peruntukan bagi pemerolehan, pemeliharaan, pameran dan pemajuan karya seni visual di Malaysia dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya, untuk memansuhkan Akta Balai Seni Lukis Negara 1959, untuk membubarkan Lembaga Pemegang Amanah Balai Seni Lukis Negara dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berbangkit dan bersampingan. [27 Ogos 2011; P.U. (B) 463/2011] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Pembangunan

Seni Visual Negara 2011.

Suggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 724

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“Balai” termasuklah suatu cawangan Balai Seni Visual Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 30;

“koleksi seni visual negara” dan “koleksi negara” ertinya semua karya seni visual yang diperoleh oleh Lembaga;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Seni Visual Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 22;

“Lembaga” ertinya Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“memperoleh” termasuklah memperoleh dengan cara pembelian, pemindahan, pemberian, pertukaran, hadiah, penyelesaian atau selainnya;

“pegawai Lembaga” termasuklah Ketua Pengarah;

“pengendali seni visual” ertinya mana-mana orang yang menjalankan apa-apa perniagaan atau pengendalian seni visual;

“seni visual” ertinya seni yang dihasilkan daripada bahan tara, teknik, proses atau teknologi yang sesuai, yang menarik kepada deria visual dan wujud dalam bentuk kekal;

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa.

Bahagian II

BAHAGIAN II

LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA

Suggest a correction

Penubuhan Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.

Suggest a correction

(3)

Lembaga boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya.

Suggest a correction

(4)

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Lembaga boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut—

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan

Suggest a correction

(c)

memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan dengan, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada

Lembaga.

Fungsi Lembaga

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 4

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 9

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk membuat syor kepada Menteri mengenai dasar, kaedah, langkah dan strategi yang hendaklah diterima pakai bagi memajukan, memupuk dan memudahkan pembangunan seni visual di Malaysia;

Suggest a correction

(b)

untuk menubuhkan, mengendalikan dan menyenggarakan

Balai;

Suggest a correction

(c)

untuk membeli atau memperoleh apa-apa karya seni visual;

Suggest a correction

(d)

untuk memelihara objek seni visual di dalam Balai;

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 724

Suggest a correction

(e)

untuk mengekalkan standard dan mutu seni visual;

Suggest a correction

(f)

untuk memberikan bantuan dalam bentuk kewangan atau selainnya kepada pengendali seni visual di Malaysia;

Suggest a correction

(g)

untuk mendayausahakan aktiviti sama ada dengan atau tanpa penyertaan pengendali seni visual ke arah pemajuan pembangunan seni visual di Malaysia;

Suggest a correction

(h)

untuk memajukan, membantu dan menyelaraskan aktiviti pengendali seni visual;

Suggest a correction

(i)

untuk memberikan sokongan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sokongan kewangan, nasihat dan maklumat, kepada mana-mana orang, organisasi atau institusi ke arah pemajuan pembangunan seni visual di

Malaysia;

Suggest a correction

(j)

untuk menjalankan aktiviti bagi maksud merangsang minat orang ramai dalam seni visual, memajukan pengetahuan, penghayatan dan amalan dalam seni visual dan memperbaik standard dalam seni visual; dan

Suggest a correction

(k)

untuk bertindak atas apa-apa sifat atau peranan ke arah pemajuan pembangunan seni visual di Malaysia.

Kuasa Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk mengambil khidmat perunding, melantik ejen dan wakil;

Suggest a correction

(b)

untuk memegang apa-apa karya seni visual atas amanah;

Suggest a correction

(c)

untuk menyediakan skim latihan dan kemudahan latihan, untuk mengawal dan mengawasi pelaksanaan projek dan

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 11

program latihan yang berhubungan dengan pembangunan atau pemajuan seni visual di Malaysia;

Suggest a correction

(d)

untuk mengambil khidmat apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri;

Suggest a correction

(e)

untuk mengurus dan mengawal Balai dan bagi maksud itu boleh mengambil khidmat apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat untuk mengendalikan Balai, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diluluskan oleh

Menteri;

Suggest a correction

(f)

untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut berkenaan dengan apa-apa kemasukan ke mana-mana pameran yang diadakan di

Balai atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh

Balai;

Suggest a correction

(g)

untuk meminjamkan apa-apa objek kepunyaan Balai kepada mana-mana galeri, muzium atau pameran atas apa-apa terma dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan sesuai oleh Lembaga:

Dengan syarat bahawa kelulusan secara bertulis daripada Menteri hendaklah diperoleh terlebih dahulu jika galeri, muzium atau pameran itu terletak di luar

Malaysia;

Suggest a correction

(h)

dengan persetujuan bertulis Menteri, dan tertakluk kepada apa-apa sekatan yang boleh dikenakan oleh

Menteri, untuk melabur, meminjam wang atau menggadaikan apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan terhadapnya yang terletak hak pada

Lembaga, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga;

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 724

Suggest a correction

(i)

untuk menyediakan perkhidmatan berhubung dengan seni visual termasuk menjalankan siasatan dan memberikan nasihat; dan

Suggest a correction

(j)

untuk melakukan semua perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) Lembaga, tertakluk kepada apa-apa arahan yang dibuat oleh Menteri dari semasa ke semasa, hendaklah mempunyai kuasa untuk menyertai dan menggalakkan penyertaan dalam projek kerjasama antarabangsa yang penyertaannya didapati oleh Lembaga adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah

Akta ini..

Keanggotaan Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(b)

Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan seni visual, atau wakilnya;

Suggest a correction

(c)

Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, atau wakilnya;

dan

Suggest a correction

(d)

tidak kurang daripada lima tetapi tidak lebih daripada sepuluh orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh

Menteri yang separuh daripadanya hendaklah merupakan artis pengamal atau ahli akademik dalam bidang seni visual yang pada pendapat Menteri, dapat menyumbang kepada pembangunan seni visual.

Suggest a correction

(2)

Seseorang anggota Lembaga yang dilantik oleh Menteri hendaklah, melainkan pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan atau

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 13

dia terlebih dahulu meletakkan jawatan, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri dan adalah layak untuk dilantik semula.

Suggest a correction

(3)

Anggota Lembaga hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Suggest a correction

(4)

Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Lembaga.

Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(1)

Pelantikan mana-mana anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(a) atau (d) boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh

Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

Suggest a correction

(2)

Seseorang anggota yang dilantik oleh Menteri boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis yang dialamatkan kepada Menteri.

Pengosongan jawatan

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

Jawatan seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(a) atau (d) hendaklah menjadi kosong jika—

(b)

telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

Suggest a correction

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

Suggest a correction

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 724

sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;

Suggest a correction
Suggest a correction

(d)

dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

Suggest a correction

(e)

dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau dalam hal

Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri;

Suggest a correction

(f)

peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau

Suggest a correction

(g)

pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.

Penjalanan sementara fungsi Pengerusi

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seorang anggota yang dilantik di bawah subseksyen (1)

hendaklah, dalam tempoh dia melaksanakan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.

Suggest a correction

(3)

Apabila mana-mana orang terhenti menjadi anggota

Lembaga oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan yang terpakai.

Meterai perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi perkataan “Lembaga Pembangunan Seni Visual

Negara” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh

Lembaga, dan hendaklah disahkan oleh Ketua Pengarah atau orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka secara bertulis; dan segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, yang disahkan sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen ini, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan oleh Lembaga mengikut cara yang serupa, dan apa-apa dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak

Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu.

Suggest a correction

(4)

Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Kuasa untuk menubuhkan syarikat

Suggest a correction

Seksyen 11

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 15

Open as pageSuggest a correction

Menteri menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125]

untuk menjalankan dan menjaga, mengelolakan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 724

Seksyen 12

Delegation of Board’s functions and powers

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang yang diwakilkan dengan kuasa sedemikian adalah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Lembaga dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan atau dijalankan atas nama dan bagi pihak Lembaga.

Suggest a correction

(4)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang

Lembaga daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri pada bila-bila masa mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu.

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan dan menghendaki maklumat

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(1)

Menteri boleh memberi Lembaga apa-apa arahan bersifat am yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan Lembaga hendaklah menguatkuasakan arahan itu.

Suggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah memberikan kepada Menteri apa-apa maklumat berkenaan dengan harta dan aktiviti Lembaga sebagaimana yang dikehendakinya dari semasa ke semasa.

Mesyuarat dan tatacara Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengerusi Lembaga atau orang yang dilantik untuk menjalankan fungsi Pengerusi menurut subseksyen 9(1) hendaklah mempengerusikan mana-mana mesyuarat Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Jika pada mana-mana mesyuarat Lembaga Pengerusi mahupun orang yang dilantik menjalankan fungsi Pengerusi menurut subseksyen 9(1) tidak hadir, anggota yang hadir hendaklah melantik seorang daripada kalangan anggota yang hadir itu untuk menjadi pengerusi mesyuarat.

Suggest a correction

(4)

Tiap-tiap persoalan dalam mesyuarat Lembaga hendaklah ditentukan secara undi majoriti anggota yang hadir, dan dalam hal terdapat bilangan undi yang sama banyak, pengerusi mesyuarat hendaklah mempunyai undi pemutus.

Suggest a correction

(5)

Lembaga boleh bertindak walaupun ada satu atau lebih kekosongan jawatan di kalangan anggotanya.

Suggest a correction

(6)

Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Suggest a correction

(7)

Kuorum bagi sesuatu mesyuarat Lembaga ialah lima orang.

Setiausaha Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 15

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 17

Open as pageSuggest a correction

Pengarah hendaklah menjadi setiausaha kepada

Lembaga.

Seksyen 16

Jawatankuasa Lembaga

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga boleh melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 724

Suggest a correction

(3)

Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(4)

Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.

Suggest a correction

(5)

Lembaga boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

Suggest a correction

(6)

Seseorang anggota jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Pengerusi Lembaga.

Suggest a correction

(7)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

Suggest a correction

(8)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga.

Suggest a correction

(9)

Lembaga boleh pada bila-bila masa memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.

Suggest a correction

(10)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

Suggest a correction

(11)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan—

(a)

minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan

Suggest a correction

(b)

salinan minit semua mesyuaratnya hendaklah dikemukakan kepada Lembaga secepat yang dapat dilaksanakan.

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 19

Suggest a correction
Suggest a correction

(12)

Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah, jika telah ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.

Suggest a correction

(13)

Tiap-tiap mesyuarat sesuatu jawatankuasa yang berkenaan dengan perjalanannya minit telah dibuat mengikut subseksyen (11)

dan (12) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Suggest a correction

(14)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya, bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

Suggest a correction

(15)

Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Suggest a correction

(16)

Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—

(a)

ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, sesuatu jawatankuasa; atau

Suggest a correction

(b)

ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

PEGAWAI DAN PEKHIDMAT LEMBAGA

Suggest a correction

Pelantikan Ketua Pengarah

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Terma dan syarat pelantikan Ketua Pengarah hendaklah ditentukan oleh Menteri.

Suggest a correction

(3)

Jika Ketua Pengarah tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain untuk melaksanakan kewajipannya, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain untuk melaksanakan kewajipan

Ketua

Pengarah semasa ketidakhadiran atau ketidakupayaan sementara itu.

Kewajipan Ketua Pengarah

Suggest a correction

Seksyen 18

Ketua Pengarah hendaklah—

Open as pageSuggest a correction

(a)

bertanggungjawab bagi pengurusan hal ehwal Lembaga tertakluk kepada arahan dan mengikut dasar yang ditentukan oleh Lembaga;

Suggest a correction

(b)

bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan

Lembaga;

Suggest a correction

(c)

menjalankan pengawasan dan kawalan ke atas semua pegawai dan pekhidmat lain Lembaga; dan

Suggest a correction

(d)

melaksanakan apa-apa kewajipan dan menjalankan apa-apa kuasa yang ditentukan atau diwakilkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa atau sebagaimana yang diarahkan oleh Pengerusi.

Pegawai dan pekhidmat Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk merangka dan mengawal selia tatacara pelantikan pegawai dan pekhidmatnya.

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 21

Suggest a correction

(3)

Seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga hendaklah memegang jawatannya selama apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

Suggest a correction

(4)

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat-syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya.

Kuasa memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmatnya bagi apa-apa maksud dan atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh

Lembaga.

Seksyen 21

Pembayaran faedah persaraan, ganjaran dan elaun lain

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh membuat perkiraan bagi pembayaran kepada pegawai dan pekhidmatnya dan orang tanggungan mereka, apa-apa faedah persaraan, ganjaran dan elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 724

(a)

apa-apa jumlah yang diperuntukkan setiap tahun oleh

Parlimen bagi maksud Akta ini;

Suggest a correction

(b)

apa-apa jumlah yang dibayar kepada Lembaga dari semasa ke semasa untuk pinjaman yang dibuat oleh

Lembaga;

Suggest a correction

(c)

wang yang diterima oleh Lembaga sebagai derma, pemberian walau apa pun cara diterima atau wang yang diperoleh daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai oleh Kumpulan

Wang;

Suggest a correction

(d)

wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;

Suggest a correction

(e)

apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debenture yang diperoleh oleh atau terletak hak pada

Lembaga;

Suggest a correction

(f)

jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya;

Suggest a correction

(g)

wang yang dikutip oleh Lembaga di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang ditentukan dalamnya sebagai wang yang kena dibayar ke dalam Kumpulan Wang; dan

Suggest a correction

(h)

segala jumlah wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa dan kewajipannya.

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 23

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada

Kumpulan Wang

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 23

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—

Open as pageSuggest a correction

(a)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga;

Suggest a correction

(b)

membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain Pengerusi, anggota

Lembaga,

Ketua

Pengarah, anggota

Jawatankuasa, pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diambil khidmat oleh Lembaga, termasuk faedah persaraan, pencen dan ganjaran;

Suggest a correction

(c)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan berhubung dengan pengurusan dan kawalan ke atas Balai yang dilakukan atau disetujui terima dengan sah oleh

Lembaga;

Suggest a correction

(d)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetujui terima dengan sah oleh

Lembaga dalam melaksanakan fungsi dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(e)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah perenggan 22(2)(f) dan bunga yang kena dibayar atas wang yang dipinjam itu;

Suggest a correction

(f)

memberikan pinjaman dan pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Lembaga di bawah seksyen 20; dan

Suggest a correction

(g)

secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Pemeliharaan Kumpulan Wang

Suggest a correction

Seksyen 24

Menjadi kewajipan Lembaga untuk memelihara Kumpulan

Open as pageSuggest a correction

Wang dengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 724

bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Lembaga mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya, termasuk susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.

Seksyen 25

Kuasa untuk meminjam

Open as pageSuggest a correction

Kewangan, meminjam pada apa-apa kadar bunga dan selama apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan

Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh

Lembaga bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya di bawah Akta ini.

Seksyen 26

Deposit dan pelaburan Kumpulan Wang

Open as pageSuggest a correction

(a)

menyimpan, sama ada dalam deposit tetap atau akaun semasa, apa-apa wang yang tidak dilaburkan buat sementara waktu di mana-mana bank di Malaysia yang memegang lesen yang sah di bawah peruntukan Akta

Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372]

atau Akta Bank Islam 1983 [Akta 276]; atau

Suggest a correction

(b)

melabur dalam sekuriti Kerajaan atau sekuriti lain wang

Kumpulan Wang yang tidak diperlukan serta-merta untuk dibelanjakan di bawah Akta ini.

Akaun dan laporan

Suggest a correction

Seksyen 27

Menteri dan Menteri Kewangan—

Open as pageSuggest a correction

(a)

suatu penyata akaun

Lembaga yang hendaklah mengandungi kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan

Suggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah dengan secepat yang mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun dan penyata aktivitinya yang disebut dalam subseksyen (1) yang diperakui oleh juruaudit dan satu salinan laporan juruaudit kepada

Menteri yang hendaklah menyebabkan penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Dewan Parlimen.

Suggest a correction

(3)

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga.

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Lembaga hendaklah mengemukakan kepada

Menteri suatu anggaran perbelanjaan termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan, bagi tahun yang berikutnya mengikut apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

Suggest a correction

(3)

Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun yang berikutnya, memberitahu Lembaga amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 724

Suggest a correction

(4)

Lembaga boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada

Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan

Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.

Tahun kewangan

Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

Tahun kewangan Lembaga hendaklah bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

Bahagian V

BAHAGIAN V

BALAI SENI VISUAL NEGARA

Suggest a correction

Penubuhan Balai Seni Visual Negara

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga boleh menubuhkan dan menyenggara apa-apa cawangan Balai Seni Visual Negara di mana-mana tempat di

Malaysia sebagaimana yang Lembaga fikirkan perlu bagi maksud menjalankan peruntukan Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Semua koleksi seni visual negara hendaklah disimpan di

Balai.

Suggest a correction

(4)

Balai boleh, bagi pihak Lembaga—

(a)

mempamerkan, memajukan atau menjadikan tersedia bagi pameran, karya seni visual daripada koleksi seni visual negara atau koleksi orang lain;

Suggest a correction

(b)

menyediakan maklumat tentang seni visual;

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 27

Suggest a correction

(c)

membangunkan dan menyenggarakan suatu koleksi karya seni visual negara;

Suggest a correction

(d)

memberi nasihat tentang pemeliharaan seni visual;

Suggest a correction

(e)

membuat perkiraan atau membantu dalam penyelidikan perkara-perkara yang berkaitan dengan seni visual;

Suggest a correction

(f)

menjual atau menukarkan apa-apa karya seni visual, atau mempamerkan koleksi seni visual peribadi yang di bawah jagaan dan kawalan Lembaga;

Suggest a correction

(g)

menubuhkan dan menyenggarakan kemudahan bagi pembelian oleh orang awam buku, kertas, cetakan, poskad, reproduksi, replika, bahan promosi dan barang lain yang berkaitan dengan karya seni visual di Balai.

Pelupusan karya seni visual daripada Balai

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

(b)

tidak diperlukan sebagai sebahagian daripada koleksi negara,

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melupuskan karya itu melalui jualan, hadiah atau pemusnahan.

Suggest a correction

(2)

Sesuatu karya seni visual tidak boleh dilupuskan secara pemusnahan melainkan Lembaga berpuas hati bahawa karya itu tidak mempunyai nilai jualan.

Suggest a correction

(3)

Pelupusan mana-mana karya seni visual di bawah seksyen ini hendaklah dijalankan oleh Balai.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 724

Pertukaran karya seni visual

Suggest a correction

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perjanjian yang disebut dalam subseksyen (1) boleh termasuk suatu aku janji oleh satu pihak untuk membayar suatu amaun kepada pihak yang satu lagi bagi mengiktiraf perbezaan nilai antara karya seni visual yang hendak ditukarkan.

Pelupusan karya seni visual yang ditinggalkan dengan Balai

Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan menghantar notis itu kepada pemunya itu di tempat kediamannya yang terakhir diketahui;

Suggest a correction

(b)

dengan meninggalkan notis itu di tempat kediaman atau perniagaan pemunya itu yang biasa atau terakhir diketahui, di dalam sampul yang dialamatkan kepada orang itu; atau

Suggest a correction

(c)

dengan menghantar notis itu melalui surat berdaftar yang dialamatkan kepada pemunya itu di tempat kediaman atau perniagaannya yang biasa atau yang terakhir diketahui.

Suggest a correction

(2)

Jika pemunya karya itu tidak dapat dipastikan, notis bertulis yang mengandungi butir-butir karya itu hendaklah ditampal di dua

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 29

bahagian yang mudah dilihat di Balai bagi pemunya karya itu mengambil karyanya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu yang tidak boleh kurang daripada satu bulan dari tarikh notis itu.

Suggest a correction

(3)

Jika pemunya itu gagal untuk mengambil karya itu selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, pemunya itu hendaklah disifatkan telah meninggalkan karyanya dan Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk meluluskan supaya karya itu diperoleh bagi koleksi negara atau dilupuskan melalui jualan, pemberian atau pemusnahan.

Suggest a correction

(4)

Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa karya yang diperoleh bagi koleksi negara atau dilupuskan melalui jualan, pemberian atau pemusnahan di bawah subseksyen (3), berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika pemerolehan, pelupusan atau pemusnahan itu dibuat dengan niat jahat.

Suggest a correction

(5)

Semua hasil daripada penjualan mana-mana karya seni visual di bawah seksyen ini hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan

Wang.

Suggest a correction

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

Seksyen 34

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat untuk semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

menetapkan apa-apa perkara yang dikehendaki di bawah

Akta ini untuk ditetapkan;

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 724

Suggest a correction

(b)

menetapkan syarat dan sekatan tentang penggunaan Balai termasuk pengenaan dan kutipan fi dan caj;

Suggest a correction

(c)

menetapkan cara yang apa-apa perihalan dokumen, cek dan surat cara hendaklah ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga;

Suggest a correction

(d)

menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai dan pekhidmat Lembaga;

Suggest a correction

(e)

mengadakan peruntukan pada amnya bagi pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan

Lembaga di bawah peruntukan Akta ini; dan

Suggest a correction

(f)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini.

Perlindungan daripada liabiliti diri

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 35

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, dan tiada pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga, hendaklah menanggung liabiliti diri bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan dalam menjalankan kuasa atau kewajipannya di bawah Akta ini, melainkan jika kerugian atau kerosakan itu disebabkan oleh sesuatu perbuatan salah atau peninggalan yang disengajakan oleh dirinya.

Seksyen 36

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Open as pageSuggest a correction

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau mana-mana anggota Lembaga, mana-mana anggota jawatankuasa, mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya atas sifat yang sedemikian.

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 31

Seksyen 37

Pekhidmat awam

Open as pageSuggest a correction

Seseorang anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa dan mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga semasa menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini sebagai anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan

[Akta 574].

Seksyen 38

Pindaan Jadual

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, meminda Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

PERUNTUKAN PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN

Suggest a correction

Pemansuhan dan pembubaran

Seksyen 39

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua pelantikan, peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perintah dan arahan yang dibuat atau yang mempunyai kesan di bawah undang-undang yang dimansuhkan oleh seksyen ini dan yang berkuat kuasa atau mempunyai kesan pada permulaan kuat kuasa

Akta ini hendaklah, tanpa menjejaskan kuasa Menteri untuk meminda peraturan-peraturan, kaedah-kaedah atau perintah itu atau untuk meminda, membatalkan atau menarik balik arahan dan tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang perlu untuk menyelaraskan peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perintah atau arahan dengan

Akta ini, terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah ia telah dibuat, disimpan atau diberikan di bawah Akta ini, sehingga diperuntukkan selainnya di bawah Akta ini.

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 724

Pemindahan kuasa, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, semua kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, tanggungan atau obligasi yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan adalah kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, tanggungan atau obligasi Lembaga dibubarkan hendaklah, mulai dari tarikh itu, diturunkan kepada Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini.

Seksyen 41

Pemindahan harta

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, dan kepada apa-apa arahan Menteri, segala harta dan aset, selain tanah, yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan terletak hak pada Lembaga dibubarkan hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Maka dengan ini diisytiharkan bahawa mana-mana harta, sama ada harta alih atau harta tidak alih, yang, sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, digunakan bagi maksud yang sebaik selepas tarikh itu menjadi maksud Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada Lembaga.

Kontrak sedia ada

Suggest a correction

Seksyen 42

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, dan kepada apa-apa arahan Menteri, segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta yang dipindahmilikkan di bawah seksyen 41 hendaklah, pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau memihak

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 33

kepada Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini dan hendaklah dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah, sebagai ganti Lembaga dibubarkan, Lembaga yang ditubuhkan oleh

Akta ini telah dinamakan dalamnya atau menjadi pihak kepadanya.

Seksyen 43

Penerusan prosiding sivil dan jenayah

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran merayu yang dipohon pada atau selepas tarikh yang ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum tarikh itu bolehlah dibawa oleh atau terhadap Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini.

Pemindahan Kumpulan Wang

Suggest a correction

Seksyen 44

Segala wang dalam, kepunyaan atau yang kena dibayar kepada

Open as pageSuggest a correction

Kumpulan Wang Balai Seni Lukis Negara hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, terletak hak pada Lembaga yang ditubuhkan oleh

Akta ini, dipindahkan ke dalam dan disifatkan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 22.

Seksyen 45

Penerusan pegawai dan pekhidmat

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan telah diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga dibubarkan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga yang ditubuhkan oleh

Akta ini atas terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Jika perubahan dibuat pada dan selepas tarikh yang ditetapkan berkenaan dengan terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Lembaga dibubarkan yang disifatkan di bawah subsekyen (1) sebagai telah diambil khidmat oleh Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini, mereka hendaklah diberikan suatu opsyen sama ada untuk terus tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang sedia ada atau tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang baru.

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 35

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

[Subseksyen 6(4)]

Lembaga boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat

1. (1) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang menghadiri sesuatu mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.

(2)

Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) boleh dibayar apa-apa fi sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Penzahiran kepentingan

2. Seseorang anggota Lembaga yang mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau pengusahaan yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat sesuatu kontrak atau apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah menzahirkan kepada Lembaga hakikat kepentingan dan jenis kepentingannya itu, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.

Minit

3. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan minit mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(2)

Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.

(3)

Tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang berkenaan dengan perjalanannya minit telah dibuat menurut subperenggan (1) dan (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 724

Kesahan tindakan dan prosiding

4. Tiada tindakan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—

(a)

ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga;

(b)

ada pelanggaran perenggan 2 oleh anggota Lembaga; atau

(c)

ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.

Anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga

5. Tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan

Lembaga sebagaimana yang perlu bagi menunaikan kewajipannya dengan berkesan.

36

Akta 724

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari-TIADA-

37

Akta 724

SENARAI SEKSYEN YANG MEMINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari-TIADA-

Common questions

What is AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2011?
*AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2011 is Malaysia Act, cited as Act 724 2011, currently marked in force and first recorded in 2011.
Is AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2011 still in force?
Yes — AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2011 is currently in force.
When did AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2011 take effect?
AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2011 was first recorded in 2011.
How many sections does AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2011 have?
AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2011 contains 45 sections.
Where can I read the official version of AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2011?
The official text of AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2011 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2011 (No. 724)