Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pendaftaran Tajuk ringkas. Jurutera 1967.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Pendaftaran Jurutera 1967 is Malaysia Act, cited as Act 138 1967, currently marked in force and first recorded in 1967.
Disemak hingga ... 1hb April 1974
Tarikh ditetapkan untuk mula berkuatkuasa ... ... 1hb Julai 1974
Tarikh disiarkan dalam Warta 20hb Jun 1974
Dikanunkan dalam tahun 1967 sebagai Akta No. 66 Tahun 1967.
Akta 138
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pendaftaran Tajuk ringkas. Jurutera 1967.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta menggantung penguatkuasaan Akta ini di manamana bahagian dalam Malaysia.
"Daftar" ertinya Daftar yang disimpan dan disenggara di bawah seksyen 5;
"ditetapkan" ertinya ditetapkan oleh peraturan peraturan yang dibuat di bawah seksyen 26;
"Jurutera" ertinya Jurutera Awam, Jurutera Elektrik, Jurutera Jentera atau Jurutera Struktur atau seseorang lain yang layak untuk didaftarkan di bawah Akta ini;
"Jurutera Profesional berdaftar" ertinya seseorang Jurutera yang didaftarkan di bawah seksyen 10 (2);
"Jurutera berdaftar" ertinya seseorang Jurutera yang didaftarkan di bawah Akta ini;
"Jurutera Siswazah berdaftar" ertinya seseorang Jurutera yang didaftarkan di bawah seksyen 10 (1);
"Lembaga" ertinya Lembaga Jurutera yang ditubuhkan oleh seksyen 3 (1);
tidak lebih daripada empat belas orang anggota yang hendaklah terdiri daripada Jurutera Profesional berdaftar, tujuh daripada mereka hendaklah daripada senarai penamaan yang dikemukakan oleh Majlis Institusi Jurutera (Malaysia);
"Pendaftar" ertinya Pendaftar Jurutera yang dilantik di bawah seksyen 6 (1);
LEMBAGA JURUTERA
Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota-anggota berikut yang dilantik oleh Menteri:
Bagi maksud-maksud Akta ini, maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu lembaga bernama "Lembaga Jurutera" yang hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meteri biasa dan boleh mendakwa serta didakwa.
"tarikh yang ditetapkan" ertinya tarikh yang ditetapkan bagi mula berkuatkuasa Akta ini.
seorang anggota yang dicalonkan oleh Lembaga Arkitek daripada kalangan anggota Lembaga itu yang ditubuhkan di bawah Akta Arkitek 1967; dan
seorang anggota yang dicalonkan oleh Lembaga/Juru Ukur daripada kalangan anggota Lembaga itu yang ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Juru Ukur 1967.
Walau apa pun peruntukan subseksyen (2), Lembaga pertama hendaklah terdiri daripada anggota-anggota berikut yang dilantik oleh Menteri:
seorang Yang Dipertua yang mana hendaklah seorang yang layak untuk didaftarkan sebagai Jurutera Profesional berdaftar;
tidak lebih daripada empat belas orang anggota yang mana hendaklah orang-orang yang layak untuk didaftarkan sebagai Jurutera Profesional berdaftar, tujuh daripada mereka hendaklah daripada senarai penamaan yang dikemukakan oleh Majlis Institusi Jurutera (Malaysia);
Anggota-anggota Lembaga yang disebut dalam subseksyen (2) $ ( b ) $ hendaklah terdiri daripada yang berikut:
tidak lebih daripada lima orang Jurutera yang berada di dalam perkhidmatan awam Persekutuan;
tidak lebih daripada dua orang Jurutera yang berada di dalam perkhidmatan mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun;
tidak lebih daripada dua orang Jurutera yang bekerja penuh masa dengan mana-mana orang atau kumpulan orang yang bukan dalam perkhidmatan awam Persekutuan atau dalam perkhidmatan pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun.
Seseorang anggota Lembaga, termasuk Yang Dipertua, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau perlantikannya terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah memegang jawatan bagi tempoh tidak lebih daripada tiga tahun dan tertakluk kepada subseksyen (5) adalah layak dilantik semula.
Seseorang anggota Lembaga, termasuk Yang Dipertua, tidak boleh dilantik bagi suatu tempoh berturut-turut lebih daripada lima tahun.
Jika mana-mana anggota Lembaga mati atau meletakkan jawatannya atau perlantikannya dibatalkan, seorang anggota baru hendaklah dilantik dengan seberapa segera yang praktik untuk menggantikannya dan anggota yang dilantik itu hendaklah memegang jawatan bagi baki tempoh perlantikan orang yang digantinya itu.
0Fungsi-fungsi Lembaga ialah untuk—
meluluskan atau menolak permohonan untuk pendaftaran di bawah Akta ini atau meluluskan mana-mana permohonan itu tertakluk kepada apa-apa sekatan yang difikirkannya patut dikenakan;
menetapkan dari semasa ke semasa dengan kelulusan Menteri skel fee yang dikenakan oleh Jurutera berdaftar kerana nasihat atau perkhidmatan profesional yang diberikan itu;
mendengar dan memutuskan pertikaian-pertikaian berhubungan dengan tata kelakuan atau kesusilaan profesional Jurutera atau melantik suatu jawatankuasa atau seorang atau beberapa orang penimbangtara untuk mendengar dan memutuskan pertikaian-pertikaian itu;
pada amnya, melakukan segala perbuatan, perkara dan benda yang perlu bagi menjalankan peruntukan-peruntukan Akta ini.
Lembaga hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu Daftar yang mana hendaklah mengandungi dua Bahagian, iaitu—
Bahagian A—yang mana hendaklah mengandungi nama, alamat urusan dan butir-butir lain mengenai Jurutera yang didaftarkan sebagai Jurutera Profesional; dan
Bahagian B—yang mana hendaklah mengandungi nama, alamat urusan dan butir-butir lain mengenai Jurutera yang didaftarkan sebagai Jurutera Siswazah.
Maka hendaklah ditunjukkan bersetentangan dengan nama tiap-tiap Jurutera dalam Daftar cabang atau cabang-cabang kejuruteraan dalam mana dia berkelayakan/
Menteri boleh melantik seorang Pendaftar Jurutera yang hendaklah berada di bawah arahan am Lembaga dan dia hendaklah menandatangani semua perakuan pendaftaran dan merekodkan dalam Daftar semua catatan mengenai pendaftaran, pembatalan dan pemasukan semula.
Pendaftar hendaklah—
dengan seberapa segera yang mudah selepas hari pertama bulan Januari tiap-tiap tahun, menyediakan dan menyiarkan dalam Warta suatu senarai mengandungi nama, kelayakan (termasuk cabang atau cabang-cabang kejuruteraan yang berkaitan dengan kelayakan itu) dan alamat semua Jurutera berdaftar-dan
dari semasa ke semasa menyiarkan dalam Warta nama, kelayakan dan alamat Jurutera yang ditambah kepada atau yang dipotong dari Daftar
Dalam apa-apa prosiding, senarai yang disiarkan di bawah subseksyen (2) adalah bukti prima facie bahawa Jurutera-jurutera yang namanya terdapat di dalam senarai itu adalah Jurutera-jurutera berdaftar; dan ketiadaan nama seseorang Jurutera dalam senarai itu adalah bukti prima facie bahawa Jurutera itu bukanlah seorang Jurutera berdaftar.
Pendaftar boleh tiap-tiap tahun menerbit dan menawar untuk jualan salinan Daftar itu.
Tiada seorang pun boleh melainkan jika dia seorang Jurutera Profesional berdaftar—
$ ^{} ( a ) $ menjalankan amalan, menjalankan perniagaan atau menyandang pekerjaan sebagai Jurutera, di bawah apa-apa nama, stail atau titel yang mengandungi perkataan-perkataan "Jurutera Profesional", "Jurutera Berdaftar" atau yang seerti dengannya dalam apa-apa bahasa lain atau yang mengandungi apa-apa jua perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh dengan munasabahnya ditafsir sebagai bermaksud bahawa dia adalah seorang Jurutera Profesional berdaftar;
mengguna atau menunjukkan apa-apa tanda, papan, kad atau alat-alat lain yang mengambarkan atau bermaksud bahawa dia adalah seorang Jurutera Professional berdaftar; atau
berhak menuntut dalam mana-mana mahkamah apa-apa fee, caj atau saraan kerana apa-apa nasihat atau perkhidmatan profesional yang diberi sebagai seorang Jurutera.
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1)—
seorang Jurutera Siswazah berdaftar boleh dengan kelulusan bertulis Lembaga menyandang pekerjaan sebagai Jurutera; dan
Seksyen 2 (b) Akta Pendaftaran Jurutera (Pindaan) 1974 (Akta A 218) menggantikan s. 7 (1) (a) dengan yang .berikut:
seorang yang menjadi Jurutera Profesional berdaftar menurut seksyen 10 (2) (iii) seperti mana yang berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan yang mana pada 1hb Mac 1974 tidak menjalankan amalan sebagai seorang Jurutera dalam amalan persendirian tidak boleh menjalankan amalan sedemikian pada bila-bila masa selepas tarikh itu melainkan jika—
dia adalah seorang Anggota Bersekutu Institusi Jurutera (Malaysia); atau
dia memegang suatu perakuan daripada Lembaga bahawa dia telah mendapat kelayakan profesional yang pada pendapat Lembaga setaraf dengannya.
Subseksyen (1) tidak dipakai bagi seseorang yang memegang perakuan—
yang dikeluarkan di bawah Akta Elektrik 1949, Akta Kilang dan Jentera 1967, atau mana-mana undang-undang bertulis lain, yang memperakukan bahawa dia mempunyai kelayakan yang ditetapkan bagi maksud-maksud Akta-Akta tersebut atau undang-undang bertulis yang lain itu; atau
yang dikeluarkan oleh mana-mana orang, badan, pihak berkuasa atau institusi yang dinyatakan dari semasa ke semasa oleh Lembaga melalui pemberitahuan dalam Warta, yang memperakukan bahawa dia berkelayakan bagi maksud-maksud apa-apa vokasion, setakat kuasanya di bawah perakuan itu.
Seksyen 10 (2) (iii) sebagaimana berkuatkuasa pada tarikh ditetapkan adalah seperti berikut:
"(2) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, orang-orang yang berikut adalah berhak atas permohonan untuk didaftarkan sebagai Jurutera Profesional:
Lihat Akta Pendaftaran Jurutera (Pindaan) 1972 (Akta A132), s. 8.
12
Walau apa pun peruntukan seksyen 7 (1), suatu pertubuhan perbadanan boleh menjalankan amalan sebagai jurutera perunding dan menuntut di mana-mana mahkamah apa-apa fee, caj atau saraan kerana apa-apa nasihat atau perkhidmatan profesional yang diberi olehnya menurut amalannya sebagai perunding yang dijalankan menurut seksyen ini, jika dia mempunyai kelulusan bertulis Lembaga untuk menjalankan amalan sedemikian, dan Lembaga hendaklah memberi kebenaran itu, tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang dianggapnya patut dikenakan, jika—
lembaga pengarah pertubuhan perbadanan itu terdiri sepenuhnya daripada Jurutera-Jurutera Profesional berdaftar; dan
syer dalam pertubuhan perbadanan itu dipegang sepenuhnya oleh Jurutera-jurutera Profesional berdaftar, tetapi tidak sebaliknya.
Sesuatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai jurutera perunding menurut subseksyen (1) hendaklah, dalam tempoh dua minggu dari berlakunya apa-apa perubahan dalam keanggotaan lembaga pengarahnya atau dalam pemegangan syernya, mengemukakan kepada Lembaga suatu laporan bertulis yang benar mengenai perubahan itu.
Jika Lembaga mendapati bahawa—
keanggotaan lembaga pengarah atau pemegangan syer sesuatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai jurutera perunding menurut subseksyen (1) tidak mengikut subseksyen itu; atau
pertubuhan perbadanan itu telah melanggar mana-mana syarat atau sekatan yang tertakluk kepadanya kelulusan bertulis itu telah diberi kepadanya oleh Lembaga untuk menjalankan amalan sebagai jurutera perunding,
Lembaga boleh, tertakluk kepada subseksyen (4), melalui notis bertulis kepada pertubuhan perbadanan itu menarik balik kelulusan itu.
Lembaga tidak boleh menarik balik kelulusannya di bawah subseksyen (3) melainkan jika—
suatu pembicaraan telah diadakan di mana sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah bilangan anggota Lembaga hadir; dan
peluang untuk didengar sama ada melalui seorang wakil yang dilantik secara bertulis atau melalui peguam telah diberi kepada pertubuhan perbadanan yang Lembaga bercadang akan menarik balik kelulusannya.
Seksyen ini hendaklah terpakai bagi tiap-tiap pertubuhan perbadanan sama ada ditubuhkan sebelum atau selepas ianya mula berkuatkuasa.
Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pendaftaran arkitek dan juru ukur, tiada seorang pun selain daripada Jurutera Profesional berdaftar berhak—
mengemukakan pelan, lukisan, skim, cadangan, laporan, rekabentuk atau kajian kepada manamana orang atau pihak berkuasa dalam Malaysia:
Dengan syarat bahawa Lembaga boleh menetapkan sekatan-sekatan untuk dikenakan mengikut kelayakan Jurutera Profesional berdaftar itu;
memperihalkan dirinya sebagai seorang Jurutera Profesional dan menggunakan huruf-huruf singkatan 'Jr. P.' selepas namanya.
Tiada apa-apa pun dalam seksyen ini boleh melarang mana-mana orang yang, pada tarikh yang ditetapkan telah didaftarkan dengan mana-mana jabatan Kerajaan, pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun bagi maksud mengemukakan apa-apa pelan, lukisan, skim, cadangan, laporan, rekabentuk atau kajian kepada jabatan atau pihak berkuasa itu, untuk terus mengemukannya kepada jabatan atau pihak berkuasa itu, tertakluk kepada apa-apa sekatan atau syarat yang boleh dikenakan di bawah pendaftaran tersebut.
Tiap-tiap Jurutera berdaftar adalah tertakluk kepada Akta ini.
Tertakluk kepada Akta ini, orang-orang yang berikut adalah berhak atas permohonan untuk didaftarkan sebagai Jurutera Profesional:
(a) Tertakluk kepada Akta ini, seseorang yang mempunyai kelayakan yang dikehendaki untuk menjadi Anggota Siswazah Institusi Jurutera (Malaysia) atau apa-apa kelayakan lain yang pada pendapat Lembaga setaraf dengannya, adalah berhak atas permohonan untuk didaftarkan sebagai seorang Jurutera Siswazah.
Tertakluk kepada Akta ini, seseorang yang didaftarkan sebagai Jurutera Siswazah di bawah perenggan (a) adalah dikehendaki memperolehi apa-apa pengalaman praktikal sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri/dan Institusi Jurutera (Malaysia) untuk berhak memohon pendaftaran sebagai seorang Jurutera Profesional di bawah subseksyen (2).
telah memperolehi pengalaman praktikal sebagaimana yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) (b); dan
dianya seorang Anggota Bersekutu Institusi Jurutera (Malaysia) atau telah memperolehi kelayakan profesional yang pada pendapat Lembaga setaraf dengannya;
seseorang yang, pada tarikh yang ditetapkan, adalah Anggota Bersekutu Institusi Jurutera (Malaysia) atau mempunyai kelayakan profesional yang pada pendapat Lembaga setaraf dengannya;
seseorang yang Lembaga berpuas hati bahawa dia telah menjalankan amalan atau menjalankan urusan atau telah digunakhidmat sebagai Jurutera bona fide sebelum sahaja tarikh yang
PENDAFTARAN JURUTERA ditetapkan dan telah memohon pendaftaran dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh tersebut:
Dengan syarat bahawa seseorang yang diliputi oleh seksyen 7 (3) adalah tidak berhak untuk didaftarkan di bawah perenggan ini melainkan dia mempunyai kelayakan profesional yang diiktiraf oleh Lembaga bagi maksud-maksud Akta ini; dan
seseorang yang, pada tarikh yang ditetapkan, telah memperolehi kelayakan yang menghakkannya didaftarkan sebagai seorang Jurutera Siswazah menurut subseksyen (1) (a) dan telah selepas tarikh itu, memperolehi kelayakan profesional di luar Malaysia yang pada pendapat Lembaga setaraf dengan kelayakan yang dikehendaki bagi menjadi Anggota Bersekutu Institusi Jurutera (Malaysia).
Bagi maksud subseksyen (2)(iv), seseorang hendaklah disifatkan sebagai telah memperolehi kelayakan profesional di luar Malaysia jika, semasa menjalani kursus pengajian yang perlu, menerima pengajaran dan latihan yang perlu dan memperolehi pengalaman praktikal yang perlu, dia berada di luar Malaysia pada sepanjang atau kebanyakan masa itu.
(Dimansuhkan).
Permohonan untuk pendaftaran hendaklah dibuat kepada Lembaga mengikut cara yang ditetapkan.
Pendaftar hendaklah apabila menerima fee yang ditetapkan mengeluarkan kepada mana-mana pemohon yang permohonannya telah diluluskan oleh Lembaga suatu perakuan pendaftaran dalam borang yang ditetapkan.
Tiap-tiap perakuan pendaftaran hendaklah, tertakluk kepada Akta ini, tamat tempohnya pada 31hb Disember pada tahun ianya dikeluarkan dan kemudian daripada itu boleh diperbaharui setiap tahun apabila dibayar fee yang ditetapkan.
Tiap-tiap Jurutera berdaftar hendaklah memberi tahu Pendaftar tentang apa-apa pertukaran alamat urusannya.
SEMULA
Tertakluk kepada seksyen ini Lembaga boleh memerintahkan pembatalan pendaftaran seseorang Jurutera di bawah mana-mana hal keadaan yang berikut:
jika dia telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan atau keburukan akhlak di Malaysia atau ditempat-tempat lain;
jika dia menawarkan atau menerima apa-apa komisen yang pada pendapat Lembaga adalah suatu komisen gelap;
jika semasa bertindak atas sifat profesionalnya, dia pada masa yang sama tanpa menzahirkan fakta itu secara bertulis kepada kliennya, adalah seorang pengarah atau anggota atau pemegang syer terbesar atau ejen bagi sesuatu syarikat, firma atau perniagaan yang mengikat janji atau yang mengilang atau mempunyai apa-apa kepentingan kewangan dalam syarikat atau firma atau perniagaan sedemikian yang mana dia berurusan bagi pihak kliennya;
jika pendaftarannya di bawah Akta ini telah diperolehi dengan cara fraud atau salah nyataan
jika kelayakannya di bawah seksyen 10 telah ditarik balik atau dibatalkan oleh Pihak Berkuasa yang melaluinya kelayakan itu diperolehi atau yang olehnya kelayakan itu diawardkan;
jika dia didapati tak sempurna akal atau sebaliknya tidak boleh melaksanakan tugastugas profesionalnya atau dia menjadi bankrap;
Lembaga tidak boleh membuat apa-apa perintah di bawah subseksyen (1) melainkan jika—
suatu pembicaraan telah diadakan di mana sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah bilangan anggota Lembaga hadir; dan
suatu peluang untuk didengar sama ada dengan sendiri atau melalui peguam telah diberi kepada Jurutera berdaftar yang terhadapnya Lembaga bercadang untuk membuat perintah itu.
Apa-apa perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh perintah itu dibuat.
Maka hendaklah dipotong daripada Daftar nama dan butir-butir lain mengenai mana-mana Jurutera berdaftar—
yang telah tidak memperbaharui/perakuan pendaftarannya dalam tempoh satu bulan dari tamat tempohnya; atau
Seseorang yang namanya telah dipotong daripada Daftar kerana tidak memperbaharui/perakuan pendaftarannya hendaklah dimasukkan semula namanya dengan seberapa segera yang boleh selepas dia memberitahu Pendaftar akan hasratnya supaya dimasukkan semula dan setelah dibayar apa-apa fee yang ditetapkan.
Seseorang yang namanya telah dipotong daripada Daftar menurut perintah Lembaga di bawah seksyen 15 dan dia tidak merayu terhadap perintah itu atau di mana rayuannya telah ditolak, boleh selepas tamatnya tempoh selama tidak kurang dari enam bulan dari tarikh perintah pembatalan itu atau dari tarikh keputusan rayuan itu memohon untuk pemasukan semula namanya. Lembaga apabila mererima keterangan yang memuaskan mengenai sebab yang wajar untuk pemasukan semula namanya setelah Lembaga dibayar ganti segala perbelanjaan yang ditanggung oleh Lembaga berbangkit dari prosiding yang membawa kepada pembatalan pendaftarannya dan apabila dibayar fee yang ditetapkan untuk perakuan pendaftaran bolehlah mendaftarkan namanya semula.
Seseorang yang namanya telah dipotong daripada Daftar hendaklah, dalam tempoh empat belas hari selepas dia diberitahu melalui pos berdaftar tentang pemotongan itu, menyerahkan balik kepada Lembaga sijil pendaftaran yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini.
Seseorang—
yang telah didaftarkan tetapi tidak berpuas hati dengan apa-apa sekatan yang dikenakan oleh Lembaga di bawah seksyen 4(1)(b); atau-
yang setelah didaftarkan namanya telah dipotong daripada Daftar menurut perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah seksyen 15; atau
...
boleh dalam tempoh dua puluh satu hari setelah diberitahu mengenai penolakan, pendaftaran atau pemotongan itu, merayu kepada Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 20 dan Lembaga Rayuan boleh dengan itu membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut atau wajar.
Lembaga hendaklah menguatkuasakan apa-apa perintah yang dibuat oleh Lembaga Rayuan dengan serta-merta.
Bagi maksud Bahagian ini maka hendaklah ditubuhkan suatu Lembaga Rayuan terdiri daripada seorang Hakim Mahkamah Tinggi sebagai Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara) dan dua orang lain yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Seseorang anggota Lembaga Rayuan hendaklah melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau perlantikannya dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam suratcara perlantikannya itu dan dia adalah layak dilantik semula.
Sesuatu notis rayuan terhadap perintah Lembaga yang disebut dalam seksyen 19 hendaklah dibuat secara bertulis.
Apabila diterima notis rayuan itu Yang Dipertua Lembaga atau jika Yang Dipertua tidak ada, anggota yang diwakilkan oleh Yang Dipertua untuk berbuat sedemikian hendaklah mengarahkan supaya disediakan rekod-rekod atau suatu ringkasan rekod prosiding Lembaga dan pernyataan menerangkan alasan-alasan bagaimana Lembaga telah mencapai keputusannya itu.
Apabila diterima rekod-rekod atau ringkasan rekod dan alasan-alasan keputusan Lembaga, Pengerusi Lembaga Rayuan hendaklah memanggil Lembaga Rayuan bermesyuarat untuk mendengar rayuan itu.
Lembaga Rayuan selepas mendengar rayuan boleh mengesahkan atau mengubah keputusan Lembaga itu.
Lembaga Rayuan hendaklah menurut budibicaranya menentukan prosedur sendiri.
Seseorang yang—
memperolehi atau cuba memperolehi pendaftaran atau sesuatu perakuan pendaftaran di bawah Akta ini dengan diketahuinya membuat atau mengemukakan atau menyebabkan dibuat atau dikemukakan sesuatu akuan, sijil, permohonan, atau representasi pernyataan palsu atau fraud sama ada secara bertulis atau sebaliknya;
merekapalsu, mengubah, atau melancung apaapa perakuan pendaftaran di bawah Akta ini;
mengedar atau mengguna apa-apa perakuan pendaftaran di bawah Akta ini yang direkapalsu, diubah, atau dilancung dengan mengetahui bahawa perakuan itu telah direkapalsu, diubah atau dilancung;
menyamardiri sebagai Jurutera Profesional berdaftar atau Jurutera Siswazah berdaftar;
membeli atau secara fraudan memperolehi suatu perakuan pendaftaran di bawah Akta ini yang dikeluarkan kepada seorang lain; atau
menjual apa-apa perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah Akta ini, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit.
Seseorang yang melanggar Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan dan jika tidak ada penalti diperuntukkan dengan nyata baginya, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit.
Jika suatu pertubuhan perbadanan melanggar Akta ini, setiap pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya adalah melakukan kesalahan yang sama dan boleh dikenakan penalti yang sama seperti kesalahan yang dilakukan oleh dan penalti yang dikenakan ke atas pertubuhan perbadanan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa diketahui, dipersetujui atau dibiarkan olehnya atau tidak dikaitkan dengan apa-apa kecuaian di pihaknya.
Lembaga boleh dengan kelulusan Menteri membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan apa jua yang boleh ditetapkan atau dikehendaki ditetapkan di bawah Akta ini/
Tertakluk kepada subseksyen (2) dan apa-apa dasar yang diterima pakai oleh Lembaga dari semasa ke semasa, Yang Dipertua boleh dari semasa ke semasa, apabila dibayar fee yang ditetapkan dan atas apa-apa syarat atau dengan apa-apa sekatan yang difikirkannya patut dikenakan, secara bertulis membenarkan manamana orang yang bukan Jurutera Profesional berdaftar melakukan apa-apa perbuatan atau perkara yang, jika tidak kerana kebenaran itu, orang itu akan dilarang, atau tidak berhak, melakukan, dan boleh pada bila-bila masa, tanpa memberi apa-apa sebab, menarik balik kebenaran itu dengan cara notis yang disampaikan kepada orang itu.
Tiada seorang pun boleh dibenar melakukan di bawah seksyen ini apa-apa perbuatan atau perkara tersebut selama lebih daripada jumlah satu ratus lapan puluh hari dalam mana-mana satu tahun kalendar.
Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan atau perkara tersebut di bawah dan mengikut kebenaran di bawah subseksyen (1) hendaklah, walau apapun peruntukan Akta ini yang berlawanan, disifatkan dibenarkan atau berhak melakukan perbuatan atau perkara tersebut seolah-olah dia adalah seorang Jurutera Profesional berdaftar
Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh dipakai bagi apa-apa yang dilakukan atau tertinggal daripada dilakukan oleh atau di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri.
JADUAL
(Seksyen 3 (7))
1. (1) Orang-orang yang berikut adalah hilang kelayakan daripada dilantik menganggotai Lembaga atau menjadi anggota Lembaga:
seseorang yang tak sempurna akal dan/atau sebaliknya tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya; dan
seorang bankrap.
Seseorang anggota Lembaga hendaklah mengosongkan jawatannya jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis daripada Yang Dipertua atau jika dia hilang kelayakan di bawah subperenggan (1).
2. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setahun di tempat yang ditetapkan oleh Yang Dipertua dari semasa ke semasa.
Dalam mana-mana mesyuarat Lembaga, Yang Dipertua hendaklah mempengerusikannya, dan jika dia tidak hadir anggota-anggota Lembaga hendaklah memilih seorang daripada antara mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.
Dalam mana-mana mesyuarat Lembaga, sembilan orang anggota yang hadir sendiri, yang mana sekurang-kurangnya dua orang adalah anggota yang dilantik di bawah seksyen 3 (3) (a) atau (b) dan dua orang adalah anggota yang dilantik di bawah seksyen 3 (3) (c) atau (d) adalah mencukupi kuorum.
Jika mengenai sesuatu soal yang hendak diputuskan oleh Lembaga bilangan undi didapati sama banyak, Yang Dipertua atau, sekiranya Yang Dipertua tidak hadir, anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus.
Tertakluk kepada subperenggan (3) dan (4) Lembaga hendak-lah menentukan prosedurnya sendiri/
Lembaga hendaklah menyebabkan supaya disimpan rekodrekod wajar mengenai prosidingnya/
3. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meteri am yang hendaklah mengandungi sesuatu lambang yang diluluskan oleh Lembaga dan meteri itu boleh dari semasa ke semasa dipecah, ditukar, diubah dan diperbaharui oleh Lembaga sebagaimana difikirkan patut olehnya.
Sehingga suatu meteri diadakan oleh Lembaga di bawah perenggan ini, suatu cap mengandungi perihal "Lembaga Jurutera" boleh digunakan dan hendaklah disifatkan meteri am.
Meteri am itu hendaklah disimpan dalam jagaan Yang Dipertua dan hendaklah disahkan oleh Yang Dipertua atau oleh anggota lain yang menjalankan tugas-tugas semasa Yang Dipertua tidak ada, dan apa-apa dokumen yang berupa sebagai dimeterikan dengan meteri tersebut, disahkan seperti tersebut di atas, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sahnya, sehingga dibuktikan sebaliknya.
4. Semua wang yang diterima daripada fee yang kena dibayar di bawah Akta ini hendaklah dibayar kepada Lembaga dan hendaklah digunakan pertamanya untuk membayar belanja pendaftaran dan belanja-belanja lain mentadbirkan Akta ini meliputi apa-apa belanja Lembaga yang dibenarkan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan kemudian daripada itu untuk mengadakan biasiswa dan memajukan pembelajaran dan pendidikan yang berhubungan dengan kejuruteraan. Wang yang tidak dikehendaki dengan serta-merta oleh Lembaga boleh dilaburkan dalam apa-apa sekuriti pemegang amanah sebagaimana ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Akta 138
Butir-butir di bawah seksyen 7 (ii) dan (iii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 (Akta 1)
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuatkuasa yang meminda dari
Akta A132 ... Akta Pendaftaran Jurutera 7-7-1972 (Pindaan) 1972
Akta A173 ... Akta Pendaftaran Jurutera 23-8-1972 (Pindaan) 1973
Akta A218 ... Akta Pendaftaran Jurutera Seksyen 2 (b)—Belum lagi berkuatkuasa. Baki— 22-2-1974
SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG DIGANTI
No. Tajuk
Akta 66 Tahun 1967 ... Akta Pendaftaran Jurutera 1967
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.