Labuan Offshores Trusts Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Pewujudan dan Pengiktirafan Amanah Labuan
11A. Amanah bermaksud
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Walau apa pun mana-mana undang-undang yang berlawanan, sesuatu amanah boleh diwujudkan atau ditubuhkan di bawah Akta ini bagi sesuatu maksud atau maksud-maksud tertentu, sama ada khairat atau tidak.
Tanpa menjejaskan subseksyen (1), matlamat sesuatu amanah boleh—
merupakan apa-apa bilangan orang;
apa-apa bilangan atau jenis maksud; atau
kedua-dua orang atau beberapa orang dan maksud atau maksud-maksud,
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
dengan syarat bahawa maksud-maksud itu adalah sah di sisi undang-undang dan tidak berlawanan dengan dasar awam.
Sesuatu amanah bermaksud hendaklah dikuatkuasakan oleh penguat kuasa yang dilantik mengikut seksyen 11C.
Walau apa pun subseksyen (3), jika matlamat sesuatu amanah bermaksud termasuk seseorang, orang itu berhak untuk menguatkuasakan amanah bermaksud itu berkenaan dengan orang itu dan bukan berkenaan dengan sesuatu maksud itu.
Apa-apa surat cara yang mewujudkan atau membuktikan sesuatu amanah bermaksud boleh—
menyatakan sesuatu kejadian atau tarikh berlakunya sesuatu kejadian yang menyebabkan amanah itu terhenti menjadi suatu amanah bermaksud;
memperuntukkan bagi pelupusan harta amanah apabila amanah itu terhenti menjadi suatu amanah bermaksud;
atau
memperuntukkan bahawa, selagi amanah itu ialah suatu amanah bermaksud, pemegang amanah tidak mempunyai kewajipan—
terhadap mana-mana orang yang berhak kepada harta itu apabila amanah itu terhenti menjadi amanah bermaksud; atau
berhubung dengan apa-apa maksud yang baginya harta itu hendaklah digunakan pada ketika itu.
Bahagian III
Benefisiari Amanah Labuan
Bahagian IV
Pemegang Amanah bagi Amanah Labuan
Bahagian V