Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian II · Pewujudan dan Pengiktirafan Amanah Labuan

11B. Amanah khairat

(1)

Sesuatu amanah hendaklah dianggap sebagai amanah bagi maksud khairat di bawah Akta ini jika amanah itu dibuat bagi mana-mana satu maksud atau lebih yang berikut dan jika maksud atau maksud-maksud itu dipenuhi bagi manfaat masyarakat atau sebahagian besar daripada masyarakat dengan mengambil kira jenis dan sifat maksud atau maksud-maksud itu:

(a)

pembasmian atau pengurangan kemiskinan;

Amanah Labuan 25

(b)

pemajuan pendidikan;

(c)

penggalakan seni, sains dan agama;

(d)

perlindungan alam sekitar;

(e)

pemajuan hak asasi manusia dan kebebasan asasi; atau

(f)

apa-apa maksud lain yang mendatangkan faedah kepada masyarakat.

(2)

Sesuatu maksud boleh dianggap sebagai khairat sama ada maksud itu akan dijalankan di Malaysia atau di tempat lain dan sama ada maksud itu memberi faedah kepada masyarakat di Malaysia atau di tempat lain.

Report

Bahagian III

Benefisiari Amanah Labuan

Bahagian IV

Pemegang Amanah bagi Amanah Labuan

Bahagian V

Pelbagai