Labuan Offshores Trusts Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Pewujudan dan Pengiktirafan Amanah Labuan
18. Section 18
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk kepada terma sesuatu amanah Labuan dan apa-apa perintah Mahkamah, harta amanah atau kepentingan di bawah amanah itu hendaklah dipegang oleh pemegang amanah sebagai amanah bagi pembuat amanah secara mutlak atau, jika pembuat amanah meninggal dunia, bagi wakil diri atau harta pusaka pembuat amanah itu jika—
kepentingan yang berkenaan itu luput;
harta amanah itu terletak hak pada seseorang selain bagi faedahnya semata-mata tetapi amanah yang baginya dia kena memegang harta itu tidak diisytiharkan atau disampaikan kepadanya;
tiada benefisiari dan tiada orang yang boleh menjadi benefisiari mengikut terma amanah itu; atau
amanah itu tamat selain menurut seksyen 19.
Jika harta amanah atau kepentingan di bawah amanah itu dipegang oleh pemegang amanah bagi maksud khairat yang sudah tidak lagi wujud atau tidak lagi terpakai, harta atau kepentingan itu hendaklah dipegang bagi maksud khairat sedemikian sebagaimana yang diisytiharkan oleh Mahkamah sebagai selaras dengan niat asal pembuat amanah atau sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah selainnya.
Sesuatu permohonan kepada Mahkamah di bawah seksyen ini boleh dibuat oleh mana-mana pemegang amanah atau benefisiari, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Dalam seksyen ini, “pembuat amanah” ertinya orang yang tertentu yang mengadakan harta amanah atau kepentingan di bawah amanah yang disebut dalam subseksyen (1).
Bahagian III
Benefisiari Amanah Labuan
Bahagian IV
Pemegang Amanah bagi Amanah Labuan
Bahagian V