Labuan Offshores Trusts Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Pewujudan dan Pengiktirafan Amanah Labuan
Labuan Offshores Trusts Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Pewujudan dan Pengiktirafan Amanah Labuan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suatu amanah bermaksud tidak menjadi batal semata-mata kerana apa-apa ketidakpastian tentang matlamatnya atau cara pelaksanaannya.
Terma amanah bermaksud boleh memberi pemegang amanah atau mana-mana orang lain kuasa untuk menyelesaikan apa-apa ketidakpastian tentang matlamatnya atau cara pelaksanaannya.
Sekiranya suatu amanah bermaksud mempunyai lebih daripada satu matlamat dan surat cara amanah tidak mengagihkan harta amanah itu di kalangan mereka, sekiranya dan setakat yang suatu niat yang bertentangan tidak dinyatakan dalam surat cara amanah itu, dan tertakluk kepada terma surat cara itu, pemegang amanah bagi amanah itu mempunyai kuasa pada budi bicara mutlaknya untuk mengagihkan modal dan pendapatan antara maksud-maksud amanah yang berlainan itu.
Sekiranya apa-apa ketidakpastian tentang matlamat atau cara pelaksanaan amanah bermaksud atau tentang pengagihan harta amanah antara matlamatnya tidak boleh diselesaikan, atau tidak diselesaikan menurut terma amanah itu, Mahkamah—
boleh menyelesaikan ketidakpastian itu—
dengan membentuk semula amanah itu;
dengan memutuskan suatu rancangan bagi pentadbirannya; atau
dengan apa-apa cara lain yang Mahkamah pertimbangkan sesuai; atau 28 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
setakat yang matlamat amanah itu tidak pasti dan niat am amanah itu tidak boleh didapati daripada keterangan yang boleh diterima sebagai perkara kebarangkalian, boleh mengisytiharkan amanah itu terbatal.
Bahagian III
Bahagian IV
Bahagian V