Labuan Offshores Trusts Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Pewujudan dan Pengiktirafan Amanah Labuan
9. Kesahan amanah Labuan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Sesuatu amanah Labuan, yang diwujudkan dengan sah mengikut atau sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta ini, sama ada di Labuan atau di luar negara, hendaklah diiktiraf dan boleh dikuatkuasakan mengikut termanya, oleh mahkamah di Malaysia yang terletak di Labuan atau di mana-mana tempat lain yang ditetapkan oleh Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang lain.
Sesuatu amanah Labuan tidaklah sah dan tidak boleh dikuatkuasakan di Labuan jika—
ia menghendaki, berupa sebagai atau menggalakkan perlakuan apa-apa perbuatan yang merupakan suatu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia atau yang, jika dilakukan di Malaysia, menjadi suatu kesalahan sedemikian:
Dengan syarat bahawa jika perbuatan itu berlaku di mana-mana negara selain Malaysia, ia juga mestilah boleh dihukum sebagai suatu kesalahan jenayah di
Amanah Labuan 19
bawah undang-undang negara lain itu atau suatu bidang kuasa di dalam negara lain itu di mana ia berlaku;
ia mempunyai pendapatan yang terakru kepadanya, atau diperoleh olehnya, yang berpunca daripada suatu pengendalian, transaksi atau aktiviti lain yang merupakan atau akan menjadi suatu kesalahan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a);
ia terdiri daripada harta yang penerimaan, pemunyaan atau pengawalannya menjadi atau akan menjadi suatu kesalahan sebagaimana yang disebut dalam perenggan
; atau
Mahkamah mengisytiharkan bahawa matlamat yang baginya ia diwujudkan telah gagal atau bahawa terma amanah itu adalah sedemikian rupa hingga pelaksanaannya adalah mustahil.
Jika sesuatu amanah Labuan diwujudkan bagi dua maksud atau lebih yang sebahagiannya adalah sah dan yang lainnya tidak sah—
keseluruhan amanah itu adalah tidak sah jika maksud yang tidak sah itu tidak dapat diasingkan dengan sewajarnya; atau
jika maksud yang tidak sah itu dapat diasingkan dengan sewajarnya, Mahkamah boleh membuat suatu dapatan bahawa amanah itu adalah sah mengenai maksud atau maksud-maksud yang sah itu yang tidak menyentuh kesahan amanah itu sehingga takat dan di bawah syarat yang ditentukan olehnya.
Jika pemegang amanah sesuatu amanah Labuan berpendapat bahawa amanah itu adalah atau mungkin, pada keseluruhannya atau sebahagiannya, tidak sah, dia hendaklah mendapatkan arahan daripada Mahkamah tentang kesahan amanah itu dan tentang apa-apa perkara yang berkenaan dengan harta amanah itu dan obligasinya berhubungan dengan amanah itu.
Seseorang pembuat amanah atau benefisiari sesuatu amanah
Labuan boleh juga meminta arahan daripada Mahkamah tentang perkara yang disebut dalam subseksyen (4).
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
Tidak boleh berkuat kuasanya tuntutan atau penghakiman luar negeri
Bahagian III
Benefisiari Amanah Labuan
Bahagian IV
Pemegang Amanah bagi Amanah Labuan
Bahagian V