Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian II · Pewujudan dan Pengiktirafan Amanah Labuan

14. Nama dan pejabat berdaftar amanah Labuan

(1)

Tiap-tiap surat cara amanah hendaklah mengandungi nama yang dengannya amanah Labuan itu akan dikenali dan didaftarkan dan nama itu hendaklah kekal sehingga amanah itu ditamatkan melainkan jika Lembaga, dengan mengambil kira hal keadaan kes itu, memikirkan patut dibenarkan perubahan nama itu.

(2)

Pejabat berdaftar sesuatu amanah Labuan ialah pejabat berdaftar syarikat amanah yang telah dilantik sebagai pemegang amanah bagi amanah itu dan hendaklah menjadi alamat bagi penyampaian apa-apa dokumen kepada amanah itu.

Amanah Labuan 31

Daftar dan sekatan bagi pendedahan

Report

Bahagian III

Benefisiari Amanah Labuan

Bahagian IV

Pemegang Amanah bagi Amanah Labuan

Bahagian V

Pelbagai