Labuan Offshores Trusts Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Pewujudan dan Pengiktirafan Amanah Labuan
Labuan Offshores Trusts Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Pewujudan dan Pengiktirafan Amanah Labuan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Sesuatu amanah Labuan boleh memperuntukkan dengan nyata—
bahawa termanya boleh diubah; atau
bahawa amanah itu sendiri atau kuasa yang boleh dijalankan di bawah amanah itu boleh dibatalkan, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya.
Jika sesuatu amanah Labuan memperuntukkan bahawa terma amanah itu boleh diubah, kuasa untuk mengubah itu hendaklah tanpa menjejaskan kuasa yang terletak hak pada Mahkamah oleh Akta ini bagi pengubahan terma amanah itu.
Tiada pengubahan terma sesuatu amanah luar pesisir atau pembatalan sesuatu amanah Labuan atau kuasa yang boleh dijalankan di bawah sesuatu amanah Labuan boleh menjejaskan apa-apa jua yang telah dilakukan dengan sah oleh seseorang pemegang amanah berhubungan dengan sesuatu amanah Labuan sebelum dia menerima notis tentang pengubahan atau pembatalan itu.
Tertakluk kepada terma amanah itu, jika sesuatu amanah
Labuan dibatalkan, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, maka pemegang amanah hendaklah memegang harta amanah yang terjejas oleh pembatalan itu bagi pembuat amanah secara mutlak atau, jika pembuat amanah sudah meninggal dunia, bagi wakil diri atau harta pusaka pembuat amanah itu.
Amanah Labuan 33
Kegagalan atau peluputan kepentingan
Bahagian III
Bahagian IV
Bahagian V