Labuan Offshores Trusts Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Pewujudan dan Pengiktirafan Amanah Labuan
19. Penamatan amanah Labuan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tanpa menjejaskan kuasa Mahkamah di bawah subseksyen
dan walau apa pun apa-apa jua yang bertentangan dalam terma amanah itu, jika semua benefisiari suatu amanah Labuan itu wujud dan telah dipastikan dan tiada seorang pun daripada mereka
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
merupakan orang belum dewasa atau orang yang tidak upaya di sisi undang-undang, Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana benefisiari atau pemegang amanah, memerintahkan pemegang amanah untuk menamatkan amanah itu dan membahagikan harta amanah itu di kalangan benefisiari sekiranya Mahkamah berpuas hati bahawa penamatan itu tidak bertentangan dengan apa-apa maksud atau matlamat material amanah itu.
Apabila amanah itu ditamatkan menurut subseksyen (1), pemegang amanah hendaklah membahagikan harta amanah itu kepada orang yang berhak kepadanya dalam masa yang munasabah dan mengikut terma amanah itu.
Pemegang amanah boleh menyimpan aset yang mencukupi untuk mengadakan peruntukan yang munasabah bagi liabiliti, sama ada yang sedia ada, akan datang, kontingen atau selainnya, sebelum membahagikan harta amanah itu di bawah subseksyen (2).
Mahkamah boleh, apabila tamat sesuatu amanah atau pada bila-bila masa selepas itu, atas permohonan yang dibuat oleh pemegang amanah atau mana-mana benefisiari—
menghendaki pemegang amanah membahagikan harta amanah itu;
mengarahkan pemegang amanah itu supaya tidak membahagikan harta amanah itu; atau
membuat apa-apa perintah lain yang difikirkannya patut.
Bahagian III
Benefisiari Amanah Labuan
Bahagian IV
Pemegang Amanah bagi Amanah Labuan
Bahagian V