Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian II · Pewujudan dan Pengiktirafan Amanah Labuan

15. Section 15

(1)

Lembaga hendaklah menyimpan dan menyenggarakan suatu daftar kesemua amanah Labuan yang didaftarkan di bawah subseksyen 12(4) dan hendaklah mencatatkan dalam daftar itu apa-apa perubahan butir-butir yang telah diberitahu dengan sewajarnya kepada Lembaga dan apa-apa perkara lain yang difikirkan sesuai oleh

Lembaga.

(2)

Atas permintaan pemegang amanah sesuatu amanah, dan apabila bukti yang mencukupi diberikan sehingga Lembaga berpuas hati, Lembaga boleh mengeluarkan suatu perakuan yang menyatakan, berdasarkan maklumat yang ada pada Lembaga, bahawa pada tarikh perakuan itu—

(a)

pemohon ialah pemegang amanah bagi amanah itu; atau

(b)

suatu salinan surat cara amanah itu sebagaimana yang disalin dan diperakui telah didaftarkan dengan Lembaga menurut seksyen 13.

(3)

Tertakluk kepada terma amanah dan apa-apa perintah

Mahkamah yang berlawanan dengannya, semua dokumen yang difailkan dengan atau disimpan oleh Lembaga yang berhubungan dengan amanah Labuan tidaklah terbuka kepada orang awam untuk diperiksa, dan Lembaga tidak boleh mendedahkan kepada mana-mana orang apa-apa dokumen sedemikian atau apa-apa maklumat yang sampai kepada pengetahuannya dalam pelaksanaan tugasnya di bawah Akta ini.

Report

Bahagian III

Benefisiari Amanah Labuan

Bahagian IV

Pemegang Amanah bagi Amanah Labuan

Bahagian V

Pelbagai