Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian II · Pewujudan dan Pengiktirafan Amanah Labuan

8. Pewujudan amanah Labuan

(1)

Sesuatu amanah Labuan tidaklah menjadi sah melainkan jika ia diwujudkan oleh suatu wasiat atau surat cara lain secara bertulis, termasuklah sesuatu akuan amanah satu pihak, tetapi sesuatu amanah saham hendaklah diwujudkan hanya melalui wasiat atau surat cara lain secara bertulis.

(2)

Sesuatu akuan amanah satu pihak ialah suatu akuan secara bertulis oleh suatu syarikat amanah yang menyatakan—

(a)

bahawa ia adalah pemegang amanah suatu amanah

Labuan;

(b)

nama amanah itu;

(c)

terma amanah itu; dan

(d)

nama atau maklumat yang membolehkan semua benefisiari dikenali.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 554

(3)

Sesuatu akuan amanah satu pihak tidak perlu mengandungi nama pembuat amanah, tetapi dalam hal sedemikian akuan itu hendaklah mengandungi suatu pernyataan oleh syarikat amanah itu bahawa pembuat amanah itu ialah seorang berkelayakan pada tarikh akuan itu dibuat.

Kerahsiaan

Report

Bahagian III

Benefisiari Amanah Labuan

Bahagian IV

Pemegang Amanah bagi Amanah Labuan

Bahagian V

Pelbagai