Labuan Offshores Trusts Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Pewujudan dan Pengiktirafan Amanah Labuan
8B. Pemegangan hak tertentu oleh pembuat amanah
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Penyimpanan atau pemberian oleh pembuat amanah bagi sesuatu amanah mengenai apa-apa kepentingan benefisial dalam harta amanah itu atau apa-apa kuasa yang disebut dalam subseksyen (2), tidak menjejaskan kesahan amanah itu atau surat cara amanah itu.
Kuasa yang disebut dalam subseksyen (1) adalah seperti yang berikut:
membatalkan, mengubah atau meminda terma-terma sesuatu amanah atau kuasa yang berbangkit secara keseluruhannya atau sebahagiannya di bawah amanah itu;
mendahulukan, menentukan, membayar atau menggunakan pendapatan atau modal daripada harta amanah atau untuk memberikan arahan bagi pembuatan pendahuluan, penentuan, pembayaran atau penggunaan itu;
bertindak sebagai, atau memberikan arahan mengikat tentang pelantikan atau penyingkiran, seseorang pengarah atau pegawai mana-mana perbadanan yang dipunyai secara keseluruhan atau sebahagiannya oleh amanah itu;
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
memberikan arahan mengikat kepada pemegang amanah yang berkaitan dengan pembelian, pemegangan, penjualan, pengurusan, peminjaman, penyandaran atau pengenaan caj harta amanah atau penjalanan apa-apa kuasa atau hak yang berbangkit daripada harta itu;
melantik atau menyingkirkan mana-mana pemegang amanah, penguat kuasa, pelindung atau benefisiari;
melantik atau menyingkirkan seseorang pengurus pelaburan atau penasihat pelaburan;
menukar undang-undang yang sepatutnya bagi amanah itu; dan
menyekat penjalanan apa-apa kuasa atau budi bicara pemegang amanah dengan menghendaki supaya kuasa itu hanya boleh dijalankan dengan persetujuan pembuat amanah atau mana-mana orang lain yang ditentukan oleh terma-terma amanah itu.
Bahagian III
Benefisiari Amanah Labuan
Bahagian IV
Pemegang Amanah bagi Amanah Labuan
Bahagian V