Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2026Read it in English

Bahagian IV · Penyiasatan dan Hukuman

28. Kuasa untuk memasuki bangunan dan melihat dokumen, dsb

Feedback & support
(1)

Bagi maksud Akta ini Ketua Pengarah berhak setiap masa dengan sepenuhnya dan bebas untuk memasuki semua tanah, bangunan dan tempat lain dan untuk melihat semua buku dan dokumen lain dan boleh menggeledah tanah, bangunan dan tempat itu dan boleh memeriksa, menyalin atau membuat cabutan daripada mana-mana buku atau dokumen itu tanpa membuat apa-apa pembayaran sebagai bayaran atau hadiah.

(2)

Ketua Pengarah boleh mengambil milik mana-mana buku atau dokumen yang dia berhak melihat di bawah subseksyen (1), jika pada pendapatnya—

(a)

kerja memeriksanya, menyalinnya atau membuat cabutan daripadanya tidak munasabah dapat dijalankan tanpa mengambil miliknya; atau

(b)

buku atau dokumen itu boleh diganggu atau dimusnahkan melainkan dia mengambil miliknya; atau

(c)

buku atau dokumen itu mungkin dikehendaki sebagai keterangan dalam sesuatu perbicaraan di sisi undang-undang yang dibawa di bawah atau berkenaan dengan Akta ini.

52

Undang-Undang Malaysia

(3)

Jika pada pendapat Ketua Pengarah adalah perlu bagi maksud

Akta ini diperiksa mana-mana buku, akaun, rekod atau dokumen lain yang—

(a)

dibuat atau disimpan oleh, atau yang ada dalam milik atau di bawah kawalan, seseorang yang bertanggungan terhadap cukai; dan

(b)

dibuat atau disimpan dalam suatu bahasa yang lain daripada bahasa kebangsaan, dia boleh dengan notis secara bertulis menghendaki orang itu memberi suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan:

Dengan syarat bahawa di Sarawak subseksyen ini hendaklah berkuat kuasa seolah-olah perkataan “atau bahasa Inggeris” telah dimasukkan selepas perkataan ‘bahasa kebangsaan’ di mana-mana jua perkataan itu terdapat.

Report

Bahagian V

Pentadbiran dan Tambahan

Schedules