Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian IV · Penyiasatan dan Hukuman
28B. Kuasa untuk meminta penyata akaun bank, dsb
Feedback & supportKetua Pengarah boleh melalui notis di bawah tandatangannya menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan dalam masa yang dinyatakan dalam notis, tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh disampaikan notis itu, suatu pernyataan yang mengandungi butir-butir mengenai—
semua akaun bank—
atas namanya sendiri atau nama isteri atau anak tanggungannya atau secara bersesama atas apa-apa nama itu;
yang dia berkepentingan atau telah berkepentingan sama ada secara bersesama atau tunggal; atau
yang orang itu berkuasa atau telah berkuasa untuk menggunakan secara bersesama atau tunggal, yang merupakan akaun yang sedia ada atau telah ada pada bila-bila masa dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam notis;
semua akaun simpanan dan pinjaman, deposit, akaun syarikat bangunan dan akaun syarikat kerjasama yang mengenainya orang itu ada atau telah mempunyai apa-apa kepentingan atau kuasa untuk menggunakannya secara bersesama atau tunggal dalam tempoh itu;
semua aset yang orang itu dan mana-mana isteri atau anak tanggungannya sedang dimiliki atau telah dimiliki dalam tempoh itu;
54
Undang-Undang Malaysia
semua pelupusan orang itu dan keuntungan yang boleh dikenakan cukai daripada pelupusan itu; dan
semua fakta mengenai cukai yang boleh dikenakan ke atasnya sekarang atau dahulu.