Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian IV · Penyiasatan dan Hukuman
28A. Kuasa untuk meminta penyata spesifik dan pengemukaan buku
Feedback & supportBagi maksud untuk mendapatkan maklumat penuh bagi menentukan sama ada atau tidak seseorang boleh dikenakan cukai atau bagi menentukan liabilitinya, Ketua Pengarah boleh melalui notis di bawah tandatangannya menghendaki orang itu atau mana-mana orang lain—
untuk memenuhi dan menyerahkan kepada Ketua Pengarah dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh disampaikan notis itu, apa-apa penyata yang dinyatakan dalam notis;
untuk hadir sendiri di hadapan Ketua Pengarah dan mengemukakan untuk diperiksa semua buku, akaun, penyata dan dokumen lain yang difikirkan perlu oleh Ketua
Pengarah;
Cukai Keuntungan Harta Tanah 53
untuk menyediakan penyata mengikut perenggan (a) dan untuk hadir juga menurut perenggan (b); atau
untuk memberikan secara bertulis apa-apa maklumat atau butir-butir yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah.