Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2026Read it in English

Bahagian IV · Penyiasatan dan Hukuman

34. Pecah rahsia

Feedback & support

Mana-mana orang yang mempunyai apa-apa fungsi rasmi di bawah Akta ini yang—

(a)

sebagai yang memiliki atau mengawal sesuatu maklumat atau sesuatu penyata atau dokumen lain berhubungan dengan keuntungan seseorang iaitu keuntungan yang boleh dikenakan cukai atau kerugian seseorang iaitu kerugian yang boleh dibenarkan pada bila-bila masa, melainkan bagi maksud Akta ini atau suatu undang-undang cukai yang lain dalam erti seksyen 47 atau melainkan dengan kuasa nyata daripada Menteri—

Cukai Keuntungan Harta Tanah 61

(i)

menyampaikan atau cuba menyampaikan maklumat itu atau apa-apa jua yang terkandung dalam penyata atau dokumen lain itu kepada mana-mana orang lain;

(ii)

membiar atau membenarkan mana-mana orang lain melihat maklumat atau apa-apa jua yang terkandung dalam penyata atau dokumen lain itu; atau

(b)

membantu, bersubahat atau mengapikan mana-mana orang lain melanggar perenggan (a), adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya.

Report

Bahagian V

Pentadbiran dan Tambahan

Schedules