Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian IV · Penyiasatan dan Hukuman
30. Penyata, dsb., yang tidak betul
Feedback & supportSeseorang yang—
membuat sesuatu penyata yang tidak betul bagi pihak dirinya atau seorang lain dengan meninggalkan apa-apa butir yang dikehendaki oleh Akta ini berhubungan dengan sesuatu pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai, memberi angka yang rendah bagi keuntungan yang boleh dikenakan cukai atau memberi angka yang berlebihan bagi apa-apa kerugian yang boleh dibenarkan; atau
Cukai Keuntungan Harta Tanah 57
memberi apa-apa maklumat lain yang tidak betul berhubung dengan apa-apa perkara lain mengenai tanggungannya sendiri atau tanggungan mana-mana orang lain terhadap cukai, hendaklah, melainkan jika dia memuaskan hati mahkamah bahawa penyata yang tidak betul itu atau maklumat lain yang tidak betul itu telah dibuat atau diberi dengan suci hati, bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit, dan hendaklah membayar suatu penalti khas sebanyak dua kali ganda daripada amaun cukai yang telah terkurang dikenakan akibat penyata atau maklumat lain yang tidak betul itu atau yang tetap terkurang dikenakan jika penyata atau maklumat itu diterima sebagai betul.
Jika seseorang membuat suatu penyata yang tidak betul dan memberi maklumat lain yang tidak betul dengan cara yang diperihalkan dalam perenggan (1)(a) atau (b), Ketua Pengarah boleh, jika tiada apa-apa pendakwaan di bawah subseksyen (1) telah dimulakan berhubung dengan penyata yang tidak betul atau maklumat yang tidak betul itu, menghendaki orang itu membayar suatu penalti yang sama banyaknya dengan amaun cukai yang telah terkurang dikenakan itu akibat penyata atau maklumat yang tidak betul itu atau yang tetap terkurang dikenakan jika penyata atau maklumat itu diterima sebagai betul, dan jika orang itu membayar penalti itu (atau, jika penalti itu dikurangkan atau diremit di bawah subseksyen 40(3)
sekian banyak, jika ada, daripada penalti yang tidak dikurangkan atau diremit itu), dia tidak boleh dipertuduhkan atas fakta yang sama atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (1).