Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2026Read it in English

Bahagian IV · Penyiasatan dan Hukuman

33. Menghalang pegawai

Feedback & support

Seseorang yang—

(a)

menghalang atau enggan membenarkan Ketua Pengarah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa memasuki mana-mana tanah, bangunan atau tempat menurut seksyen 28;

*CATATAN—Sebelum ini “didenda tidak melebihi lima ribu ringgit”—lihat subseksyen 31(b)

Akta Kewangan 2021 [Akta 833].

60

Undang-Undang Malaysia

(b)

menghalang Ketua Pengarah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa pada menjalankan fungsinya di bawah Akta ini;

(c)

enggan mengemukakan apa-apa buku atau dokumen lain dalam jagaannya atau di bawah kawalannya apabila dikehendaki berbuat demikian itu oleh Ketua Pengarah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa bagi maksud Akta ini;

(d)

tidak memberi bantuan yang munasabah kepada Ketua

Pengarah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa bagi mana-mana daripada maksud itu; atau

(e)

enggan menjawab sesuatu soalan berhubungan dengan mana-mana daripada maksud itu yang ditanyakan padanya dengan sah di sisi undang-undang oleh Ketua Pengarah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa, bersalah atas sesuatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara bagi tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian V

Pentadbiran dan Tambahan

Schedules