Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2026Read it in English

Bahagian IV · Penyiasatan dan Hukuman

40. Mengkompaun kesalahan dan mengurangkan penalti

Feedback & support
(1)

Jika seseorang telah melakukan sesuatu kesalahan di bawah

Akta ini, Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa sebelum sabitan mengkompaun kesalahan itu dan memerintahkan orang itu membayar sesejumlah wang yang difikirkannya patut sebanyak tidak melebihi amaun denda maksimum dan apa-apa penalti khas yang boleh dikenakan ke atas orang itu jika dia disabitkan kesalahan itu:

Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah tidak boleh menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini melainkan jika orang itu mengaku secara bertulis bahawa dia telah melakukan kesalahan itu dan meminta

Ketua Pengarah mengambil tindakan atas kesalahan itu di bawah seksyen ini.

(2)

Jika di bawah seksyen ini Ketua Pengarah mengkompaun sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh seseorang dan membuat suatu perintah dengan sewajarnya—

64

Undang-Undang Malaysia

(a)

perintah itu hendaklah dibuat secara bertulis di bawah tandatangan Ketua Pengarah dan hendaklah dilampirkan padanya pengakuan dan permintaan bertulis yang disebutkan dalam subseksyen (1);

(b)

perintah itu hendaklah menyatakan—

(i)

kesalahan yang dilakukan itu;

(ii)

jumlah wang yang diperintah supaya dibayar; dan

(iii)

tarikh bila pembayaran itu hendak dibuat atau tarikh bila ansuran bagi jumlah wang itu hendak dibayar, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan, jika perintah itu memperuntukkan pembayaran dengan cara ansuran dan kemungkiran terdapat dalam membayar sesuatu ansuran, kesemua baki yang masih belum selesai pada masa itu hendaklah genap masanya dan kena dibayar dengan serta-merta;

(c)

satu salinan perintah itu hendaklah, jika dikehendaki, diberi kepada orang yang telah melakukan kesalahan itu;

(d)

orang itu tidak boleh dikenakan apa-apa pendakwaan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, apa-apa pendakwaan selanjutnya mengenai kesalahan itu dan, jika apa-apa pendakwaan itu atau apa-apa pendakwaan selanjutnya dibawa, menjadi suatu pembelaan yang baik bagi orang itu membuktikan bahawa kesalahan itu telah pun dikompaun di bawah seksyen ini;

(e)

perintah itu muktamad dan tidak boleh tertakluk pada apa-apa rayuan;

(f)

perintah itu boleh dikuatkuasakan mengikut cara sama seperti hukuman sesuatu mahkamah rendah

(sebagaimana ditakrifkan dalam

Jadual 5

kepada

Akta Cukai Pendapatan 1967) bagi pembayaran amaun

Cukai Keuntungan Harta Tanah 65

yang dinyatakan dalam perintah itu atau amaun yang masih belum selesai, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(g)

perintah itu hendaklah, apabila dikemukakan kepada sesuatu mahkamah, dikira sebagai bukti yang kesalahan itu telah dilakukan oleh orang itu dan mengenai perkara lain yang dinyatakan di dalamnya itu.

(3)

Ketua Pengarah boleh mengurangkan atau meremitkan sesuatu penalti yang dikenakan di bawah Akta ini kecuali penalti yang dikenakan apabila disabitkan.

Report

Bahagian V

Pentadbiran dan Tambahan

Schedules