Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2026Read it in English

Bahagian IV · Penyiasatan dan Hukuman

29. Kemungkiran memberitahu atau membuat penyata pelupusan

Feedback & support
(1)

Seseorang yang, tanpa sebab yang berpatutan, mungkir membuat suatu penyata yang dikehendaki oleh subseksyen 13(1) atau mungkir membuat suatu akuan di bawah subseksyen 13(5), bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.

(2)

Dalam sesuatu pendakwaan di bawah subseksyen (1), beban bagi membuktikan bahawa suatu penyata telah dibuat atau suatu pemberitahuan telah diberi atau suatu akuan telah dibuat hendaklah terletak ke atas orang yang dituduh.

(2A)

Jika seseorang telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh membuat suatu perintah lanjutan menghendaki orang itu untuk mematuhi peruntukan Akta ini yang berkaitan yang di bawahnya kesalahan itu telah dilakukan dalam tempoh tiga puluh hari, atau suatu tempoh lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, dari tarikh perintah itu dibuat.

56

Undang-Undang Malaysia

(3)

Jika berhubung dengan suatu tahun taksiran seseorang mungkir membuat suatu penyata yang dikehendaki oleh subseksyen 13(1) atau mungkir membuat suatu akuan di bawah subseksyen 13(5) dan tiada apa-apa pendakwaan di bawah subseksyen (1) telah dimulakan berhubung dengan kemungkiran itu—

(a)

Ketua Pengarah boleh menghendaki orang itu membayar suatu penalti yang sama dengan tiga kali ganda dari amaun cukai yang kena dibayar bagi tahun itu; dan

(b)

jika orang itu membayar penalti itu (atau, jika penalti itu dikurangkan atau diremit di bawah subseksyen 40(3) sekian banyak, jika ada, daripada penalti yang tidak dikurangkan atau diremit itu), dia tidak boleh dipertuduhkan atas fakta yang sama atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (1).

(4)

Bagi maksud subseksyen (3), “cukai yang kena dibayar” ertinya jumlah cukai yang dikenakan ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai tidak termasuk apa-apa kerugian yang boleh dibenarkan yang disebut di bawah subseksyen 7(4).

(5)

Ketua Pengarah boleh menghendaki mana–mana orang untuk membayar suatu amaun tambahan penalti mengikut subseksyen (3)

berkenaan dengan apa-apa cukai tambahan yang kena dibayar oleh orang itu bagi suatu tahun taksiran.

Report

Bahagian V

Pentadbiran dan Tambahan

Schedules