Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2026Read it in English

Bahagian IV · Penyiasatan dan Hukuman

35. Kesalahan oleh pegawai dan pungutan yang tidak mendapat kebenaran

Feedback & support

Seseorang yang—

(a)

sebagai seorang yang mempunyai sesuatu fungsi rasmi di bawah Akta ini—

(i)

kecuali dengan suci hati meminta daripada seseorang sesuatu amaun yang lebih daripada cukai atau penalti yang kena dibayar di bawah Akta ini; atau

(ii)

enggan memberi apa-apa bahagian daripada amaun cukai yang dipungut kerana hendak menggunakannya sendiri atau kerana apa-apa maksud lain;

(iii)

memfraud seseorang, menggelapkan apa-apa wang ataupun menggunakan kedudukannya untuk melakukan secara salah apa-apa urusan dengan Ketua

Pengarah atau mana-mana orang lain; atau 62

Undang-Undang Malaysia

(b)

sebagai tidak mendapatkan kebenaran di bawah Akta ini untuk memungut cukai, memungut atau cuba memungutnya, bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Report

Bahagian V

Pentadbiran dan Tambahan

Schedules