Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian IV · Penyiasatan dan Hukuman
31. Sengaja melarikan cukai
Feedback & supportSeseorang yang sengaja dan dengan niat hendak melarikan cukai atau membantu seseorang lain melarikan cukai—
meninggalkan dari sesuatu penyata di bawah Akta ini apa-apa butir yang dikehendaki di bawah Akta ini
58
Undang-Undang Malaysia berhubungan dengan apa-apa pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai;
membuat sesuatu pernyataan atau catatan palsu dalam sesuatu penyata yang dibuat di bawah Akta ini;
memberi sesuatu jawapan palsu (secara lisan atau secara bertulis) pada sesuatu soalan yang ditanya atau pada permintaan untuk maklumat yang dibuat di bawah Akta ini;
menyediakan atau menyenggara atau membenar disediakan atau disenggara apa-apa buku akaun palsu atau rekod palsu lain;
memalsu atau membenar dipalsukan apa-apa buku akaun atau rekod lain;
mengemukakan atau membenarkan atau memberi kuasa supaya dikemukakan, buku akaun yang dia ketahui sebagai palsu;
menggunakan atau membenar digunakan sesuatu fraud, tipu daya atau muslihat; atau
membuat berkenaan dengan cukai itu suatu tuntutan fraud untuk mendapat pembayaran balik, bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya, dan hendaklah membayar suatu penalti khas sebanyak tiga kali ganda dari amaun cukai yang telah terkurang dikenakan itu akibat kesalahan itu atau yang tetap terkurang dikenakan jika kesalahan itu tidak diketahui.
Jika dalam sesuatu prosiding di bawah seksyen ini dibuktikan bahawa suatu pernyataan palsu atau suatu catatan palsu (sama ada dengan cara ditinggalkan atau selainnya) telah dibuat dalam sesuatu penyata yang dibuat di bawah Akta ini oleh atau bagi pihak seseorang
Cukai Keuntungan Harta Tanah 59
atau dalam mana-mana buku akaun atau rekod lain yang disenggara oleh atau bagi pihak seseorang, orang itu hendaklah dianggap sehingga akasnya dibuktikan sebagai telah membuat pernyataan atau catatan palsu itu dengan niat hendak melarikan cukai.
Meninggalkan Malaysia tanpa membayar cukai, jumlah wang atau hutang
*32. (1) Mana-mana orang yang, mengetahui bahawa suatu perakuan telah dikeluarkan berkenaan dengannya di bawah seksyen 22, dengan sukarela meninggalkan atau cuba meninggalkan Malaysia tanpa membayar semua cukai, jumlah wang atau hutang yang kena dibayar olehnya atau tanpa memberi cagaran dengan memuaskan hati Ketua
Pengarah bagi pembayarannya orang itu bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjara bagi tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda *tidak kurang daripada dua ratus ringgit dan tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Seseorang pegawai polis atau pegawai imigresen boleh menangkap tanpa waran seseorang yang dia syaki dengan munasabah sebagai melakukan atau hampir hendak melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini.