Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2026Read it in English

Bahagian IV · Penyiasatan dan Hukuman

36. Kesalahan lain

Feedback & support
(1)

Seseorang yang, tanpa sebab yang munasabah, tidak mematuhi—

(a)

kehendak subseksyen 13(2) atau (3); atau

(b)

kehendak suatu notis yang diberi di bawah seksyen 27, subseksyen 28(3), seksyen 28A atau 28B, bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya.

(2)

Jika seseorang telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh membuat suatu perintah lanjutan menghendaki orang itu untuk mematuhi peruntukan Akta ini yang berkaitan yang di bawahnya kesalahan itu telah dilakukan dalam tempoh tiga puluh hari, atau suatu tempoh lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, dari tarikh perintah itu dibuat.

Report

Bahagian V

Pentadbiran dan Tambahan

Schedules