Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian VI · Pelbagai
117. Lesen hendaklah mengikut budi bicara
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pemberian atau pembaharuan sesuatu lesen menurut Akta ini atau menurut mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya hendaklah mengikut budi bicara pihak berkuasa tempatan atau orang yang diberi kuasa memberi atau membaharuinya dan sesuatu lesen boleh diberi, dibaharui atau ditolak tanpa memberi apa-apa sebab dan boleh diberi atau dibaharui tertakluk kepada apa-apa sekatan dan syarat yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa tempatan atau orang yang memberi atau membaharuinya dan lessen itu hendaklah tertakluk kepada penggantungan atau pembatalan pada bila-bila masa tanpa pampasan dan tanpa notis diberi oleh pihak berkuasa
162 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
tempatan apabila dilanggar mana-mana sekatan atau syarat yang tertakluk kepadanya ia telah dikeluarkan.
Pihak berkuasa tempatan atau orang yang diberi kuasa untuk memberi atau membaharui lesen itu boleh menghendaki mana-mana pemohonnya memberi apa-apa maklumat yang boleh dikehendaki secara berpatutan oleh pihak berkuasa tempatan atau orang itu bagi menimbangkan permohonan itu dengan sepenuh dan sepatutnya dan jika sekiranya maklumat itu tidak diberi pihak berkuasa tempatan atau orang itu hendaklah enggan memberi atau membaharui lesen itu.
Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya sesuatu lesen yang diberi atau dibaharui menurut Akta ini atau menurut mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya boleh diberi atau dibaharui bagi suatu tempoh tidak lebih daripada dua belas bulan mengikut sebagaimana yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa tempatan.
Sesuatu bayaran, jika ada, sebagaimana yang ditetapkan hendaklah dikenakan bagi pemberian atau pembaharuan sesuatu lesen.
Tiada sesuatu lesen itu boleh dipindah hak milik tanpa persetujuan pihak berkuasa tempatan.
Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya seseorang yang terkilan dengan keengganan sesuatu pihak berkuasa tempatan memberi atau membaharui suatu lesen atau terkilan dengan penggantungan atau pembatalan sesuatu lesen oleh pihak berkuasa tempatan itu boleh, dalam bulan lesen itu enggan diberi atau dibaharui, digantung atau dibatalkan merayu kepada Pihak Berkuasa Negeri dan keputusan Pihak
Berkuasa Negeri itu mengenainya adalah muktamad.
Dalam seksyen ini “lesen” termasuklah sesuatu kelulusan, persetujuan, permit, kebenaran, pemberian kuasa atau lesen yang mungkin diberi menurut Akta ini atau menurut mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya.
Jalan, Parit dan Bangunan 163
Bahagian VII
Undang-Undang Kecil
Bahagian VIII