Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian VI · Pelbagai
Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian VI · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Apa-apa benda atau barang yang dipindahkan oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan pada menjalankan sesuatu kerja yang ia berhak menjalankannya di bawah Akta ini hendaklah menjadi harta pihak berkuasa tempatan melainkan jika selainnya diperuntukkan dan boleh dijual melalui lelong awam atau, jika pada pendapat pihak berkuasa tempatan hal keadaan memerlukan benda atau barang itu boleh dijual dengan cara lain atau dilupuskan tanpa dijual.
Wang yang didapati daripada jualan itu boleh disimpan oleh pihak berkuasa tempatan dan digunakan bagi atau terhadap belanja yang dilakukan dan lebihan jika ada, hendaklah dibayar, apabila diminta, kepada pemunya benda atau barangan itu.
Jika lebihan itu tidak dituntut dalam masa dua tahun ia hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Perkhidmatan
Kemajuan pihak berkuasa tempatan itu.
Jika sesuatu benda atau barangan kepunyaan beberapa orang dipindahkan oleh pihak berkuasa tempatan pada menjalankan apa-apa kerja itu, pihak berkuasa tempatan hendaklah mengarahkan supaya benda dan barang itu, jika dijual, dijual secara berasingan.
Bahagian VII
Bahagian VIII