Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian VI · Pelbagai

121. Kemungkiran mematuhi notis. Penalti am

(1)

Apabila sesuatu notis di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya menghendaki sesuatu perbuatan dilakukan atau sesuatu kerja dijalankan oleh pemunya atau penduduk sesuatu premis dan kehendak notis itu tidak dipatuhi, orang yang mungkir itu, jika tiada apa-apa denda diperuntukkan dengan khas bagi kemungkiran itu, boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau, jika sesuatu kerja dikehendaki dilakukan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit satu hari.

(2)

Apabila sesuatu notis itu menghendaki sesuatu perbuatan dilakukan atau sesuatu kerja dijalankan dan tiada apa-apa masa ditetapkan baginya oleh Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang

Jalan, Parit dan Bangunan 165

kecil yang dibuat di bawahnya maka notis itu hendaklah menyatakan suatu masa yang berpatutan untuk mematuhi kehendak itu.

Report

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules