Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian VI · Pelbagai
Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian VI · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Semua notis, perintah, resit, waran dan dokumen lain dari apa-apa jua jenis yang sesuatu pihak berkuasa tempatan diberi kuasa untuk memberi oleh Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya boleh diberi oleh seseorang pegawai atau pekerja yang diberi kuasa berkenaan dengannya oleh pihak berkuasa tempatan itu.
Jika sesuatu notis, perintah, resit, waran atau dokumen itu perlu disahkan, tandatangan atau facsimile tandatangan pihak berkuasa tempatan atau seseorang pegawai atau pekerja yang diberi kuasa berkenaan dengannya oleh pihak berkuasa tempatan itu yang diturunkan padanya adalah pengesahan yang mencukupi.
Bahagian VII
Bahagian VIII