Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian VI · Pelbagai
Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian VI · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana orang yang dipertuduh oleh seseorang pegawai atau pekerja pihak berkuasa tempatan atau mana-mana pegawai polis atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya hendaklah memberi nama dan alamatnya kepada pegawai, pekerja atau pegawai polis itu, jika dikehendaki sedemikian.
Penduduk sesuatu premis hendaklah, jika dikehendaki oleh mana-mana pegawai atau pekerja pihak berkuasa tempatan atau mana-mana pegawai polis, memberi nama dan alamat pemunya premis itu, jika diketahui.
Penalti
Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini atau dengan sengaja menyalahnyatakan nama dan
166 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
alamatnya atau nama dan alamat pemunya sesuatu premis boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ringgit.
Bahagian VII
Bahagian VIII