Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian VI · Pelbagai

130. Keterangan

(1)

Kandungan sesuatu dokumen yang disediakan, dikeluarkan atau disampaikan di bawah, menurut kuasa atau bagi maksud Akta ini atau mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya hendaklah dianggap sebagai betul sehingga dibuktikan sebaliknya dan pengemukaan sesuatu buku yang mengandungi apa-apa pembahagian yang dibuat di bawah atau menurut kuasa Akta ini hendaklah, tanpa apa-apa jua keterangan lain, diterima sebagai bukti prima facie mengenai pembuatan dan sahnya pembahagian yang tersebut di dalamnya.

(2)

Segala rekod, daftar dan dokumen lain yang dikehendaki oleh

Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya supaya disimpan oleh pihak berkuasa tempatan atau oleh seseorang pegawai awam hendaklah disifatkan sebagai dokumen awam dan salinan-salinannya atau cabutan daripadanya yang diperakui oleh pegawai yang bertanggungjawab menjaganya sebagai salinan benar atau sebagai cabutan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditandatangani oleh pegawai itu dengan namanya dan nama

Jalan, Parit dan Bangunan 169

jawatannya boleh diterima dalam keterangan sebagai bukti bagi kandungan dokumen itu atau cabutannya.

Report

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules