Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian VI · Pelbagai

125. Kuasa menangkap

(1)

Mana-mana orang pegawai polis atau pegawai atau pekerja pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis dengan sempurnanya oleh pihak berkuasa tempatan secara am atau dalam sesuatu hal tertentu boleh menangkap seseorang yang melakukan sesuatu kesalahan dalam kelihatannya atau yang dia percaya dengan munasabah telah melakukan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya—

(a)

jika nama dan alamat orang itu tidak diketahuinya;

(b)

jika orang itu enggan memberi nama dan alamatnya; atau

(c)

jika ada sebab bagi meragui ketepatan nama dan alamat itu, jika diberi.

(2)

Seseorang yang ditangkap di bawah seksyen ini boleh ditahan sehingga nama dan alamatnya ditentukan dengan betul:

Dengan syarat bahawa tiada seseorang yang ditangkap sedemikian boleh ditahan lebih lama daripada yang perlu untuk membawanya ke hadapan sesuatu mahkamah melainkan jika perintah suatu mahkamah bagi menahannya didapati.

Report

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules