Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian VII
57. Kuasa menangkap
Feedback & supportSeseorang pegawai diberi kuasa boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang—
yang didapati melakukan, cuba melakukan atau bersubahat dalam pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau
yang pegawai diberi kuasa dengan semunasabahnya mengesyakinya terlibat dalam melakukan, cuba melakukan atau bersubahat dalam pelakuan suatu kesalahan di bawah
Akta ini.
Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang paling hampir, dan sesudah itu orang itu hendaklah diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa.
Undang-Undang Malaysia 46