Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian VII
65. Pemulangan sementara pengangkut, dsb
Feedback & supportJika mana-mana pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan disita di bawah Akta ini, Ketua Pengarah boleh buat sementara memulangkan pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu kepada pemunya pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu atau orang yang dari milikan, jagaan atau kawalannya ia disita, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah, dan tertakluk, dalam mana-mana hal, kepada jaminan yang mencukupi diberikan sehingga memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu akan diserahkan balik kepada Ketua
Pengarah apabila diminta dan bahawa terma dan syarat itu, jika ada, akan dipatuhi.
Jika mana-mana pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan yang disita dipulangkan buat sementara di bawah subseksyen (1), seseorang yang—
tidak menyerahkan balik pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu kepada Ketua Pengarah apabila diminta; atau
melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.