Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2018Read it in English

Bahagian VII

77. Pemeriksaan atau pengujian kenaf, tembakau, dsb

Feedback & support
(1)

Apabila mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau disita di bawah Akta ini, adalah mencukupi untuk membuka dan memeriksa lima peratus sahaja daripada setiap perihalan bungkusan atau bekas yang di dalamnya kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau itu terkandung.

(2)

Jika perlu dilakukan ujian terhadap mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau yang disita di bawah Akta ini, adalah mencukupi untuk memeriksa suatu sampel yang tidak melebihi lima peratus daripada jumlah atau berat kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau itu yang diperiksa di bawah subseksyen (1).

(3)

Mahkamah hendaklah menganggap bahawa kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau yang terkandung dalam bungkusan atau bekas yang tidak dibuka adalah daripada jenis, bilangan dan mutu yang sama dengan yang dijumpai dalam bungkusan atau bekas yang serupa yang telah dibuka.

Report

Bahagian VIII

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules