Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2018Read it in English

Bahagian VII

64. Senarai benda yang disita

Feedback & support
(1)

Jika apa-apa penyitaan dibuat di bawah Bahagian ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah menyediakan suatu senarai mengenai kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita dan mengenai premis yang di dalamnya ia dijumpai dan hendaklah menandatangani senarai itu.

(2)

Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada—

(a)

penghuni premis tempat kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dijumpai; dan

(b)

orang yang mempunyai kawalan atau bertanggungjawab ke atas pengangkut itu, jika penyitaan itu dibuat di bawah seksyen 63.

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 51

(3)

Jika penyitaan itu dibuat di dalam atau dari mana-mana premis yang tidak dihuni, pegawai diberi kuasa hendaklah bilamana mungkin menampal suatu senarai barang-barang yang disita dengan cara mudah dilihat di premis itu.

Report

Bahagian VIII

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules