Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian VII
62. Penyitaan benda, dsb
Feedback & supportMana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disyaki dengan munasabah oleh seseorang pegawai diberi kuasa telah digunakan atau akan digunakan dalam pelakuan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini boleh disita dan ditahan oleh seseorang pegawai diberi kuasa.