Skip to content

Seksyen 63

Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita pengangkut

of Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009

ActIn forceProvision 63 of 106
Seksyen 63
(1)

Jika seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana pengangkut sedang membawa mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau apa-apa benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan memeriksa pengangkut itu dan boleh, jika semasa pemeriksaan itu dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkut itu digunakan atau telah digunakan bagi pelakuan kesalahan itu, menyita pengangkut itu dan mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai di dalam pengangkut itu yang dipercayai dengan munasabah dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.

Undang-Undang Malaysia 50

Akta 692

(2)

Orang yang mempunyai kawalan atau bertanggungjawab ke atas pengangkut itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai diberi kuasa—

(a)

memberhentikan pengangkut itu dan membenarkan pegawai diberi kuasa memeriksa pengangkut itu; dan

(b)

membuka semua bahagian pengangkut itu bagi pemeriksaan dan mengambil semua langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penjalanan pemeriksaan sedemikian sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai diberi kuasa itu.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.