Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian VII
78. Tiada kos atau ganti rugi berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan
Feedback & supportTiada seorang pun, dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita pada menjalankan atau berupa sebagai penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak untuk mendapatkan kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 61