Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2018Read it in English

Bahagian VII

66. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes

Feedback & support
(1)

Pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah

Akta ini boleh, melalui perintah secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang pada hemat pegawai diberi kuasa itu mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.

Undang-Undang Malaysia 52

(2)

Jika mana-mana orang itu enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki oleh suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan keengganannya itu kepada Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah itu.

(3)

Mana-mana orang yang dikehendaki untuk hadir di hadapan pegawai diberi kuasa di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

Report

Bahagian VIII

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules