Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2018Read it in English

Bahagian VII

69. Penjualan dan pelupusan kenaf atau tembakau, dsb., yang disita

Feedback & support
(1)

Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa mengarahkan bahawa mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau yang disita di bawah Akta ini dijual dan hasil penjualan itu dipegang sementara menunggu keputusan apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini jika—

(a)

kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau itu adalah daripada jenis yang mudah binasa atau mudah merosot kualitinya;

(b)

penjagaan kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah; atau

(c)

terdapat kekurangan atau ketiadaan kemudahan yang mencukupi atau sesuai untuk menyimpan kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jika seseorang juruanalisis memperakui, atau jika keputusan ujian sebagaimana yang diperakui oleh seseorang juruanalisis membuktikan, bahawa kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau yang diujinya itu tercemar atau daripada kualiti, piawaian atau gred yang lebih rendah daripada yang ditetapkan atau dibenarkan oleh mana-mana peraturan, pegawai yang menyita boleh menyimpannya dalam penjagaan, atau jika tiada pendakwaan dimulakan berkenaan dengan kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau itu, menyebabkan kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau itu dilupuskan mengikut subseksyen 70(3).

Undang-Undang Malaysia 56

Report

Bahagian VIII

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules